3 Cara Kelayakan Pinjaman Perumahan LPPSA 2024

Macam mana nak kira kelayakan pinjaman perumahan LPPSA? Sebagai seorang agen hartanah, saya sering di tanya macam mana nak kira kelayakan pinjaman untuk penjawat awam kalau nak beli rumah. Sebenarnya, cara pengiraan ini tidaklah terlalu susah dan anda hanya perlukan simple matematik untuk pengiraan pinjaman untuk loan LPPSA ini sahaja.

Artikel kali ini, kami nak tunjuk bagaimana untuk buat pengiraan bagi pinjaman LPPSA. Juga sedikit info kalau anda nak buat pinjaman untuk pinjaman bank. Memang tiada masalah asalkan anda tidak mempunyai komitmen yang terlalu tinggi, tiada masalah. Kalau anda mempunyai komitmen yang tinggi, dapatkan bantuan dan cuba review balik komitmen anda. Potong perbelanjaan yang tak berkenaan agak kewangan anda lebih sihat berbanding sebelumnya.

kelayakan pinjaman rumah lppsa

Dilema Penjawat Awam

Biasanya kalau saya lihat payslip bagi penjawat awam untuk pembelian rumah, antara isu yang ketara adalah komitmen penjawat awam yang terlalu tinggi akibat terlalu mudah untuk buat personal loan. Pergi sahaja ke mana-mana bank seperti Bank Islam, Bank Rakyat, mudah sahaja untuk buat personal loan. Ini adalah antara pengalaman saya sebagai seorang perunding hartanah.

Akibatnya, komitmen menjadi terlalu tinggi dan cara untuk anda kurangkan komitmen boleh tengok dalam artikel ini berkenaan dengan perkara tersebut. Apapun, fokus topik pada kali ini adalah berkenaan dengan cara untuk mengira kelayakan pinjaman perumahan LPPSA.

Cara Kira #1 Dari DSR.

Cara pengiraan untuk pinjaman perumahan ini tidaklah susah. Untuk cara pertama ini, apa yang anda perlu tahu adalah, berapa gaji bersih setiap bulan. Dari situ dah boleh agak untuk pengiraan pinjaman anda. Boleh ikuti formula di bawah ini untuk pengiraan ringkas.

Gaji Bersih x 60%(DSR) = Jumlah Pinjaman Anda

Contoh gaji bersih RM3k, senario akan jadi seperti berikut;

RM3000 x 60% = RM1800

Anda hanya boleh membuat pinjaman tidak lebih daripada RM1800 sebulan. Ataupun anda perlu mencari rumah yang dijual bawah harga RM360k. Ini cara pengiraan pertama yang efektif bagi menentukan jumlah pinjaman anda.

Cara Kira #2 Ikut Jadual

Saya screenshot jadual ini sebagai info untuk anda lihat sendiri berapakah kelayakan pinjaman anda. Boleh tengok jadual di bawah. Link sumber jadual akan diberikan di akhir artikel ye.

jadual pinjaman rumah lppsa

Daripada jadual ini, pengiraan akan menjadi jauh lebih mudah. Di sini anda terus boleh anggarkan berapa jumlah kelayakan pinjaman anda dan harga rumah yang anda perlu beli. Contoh jika gaji bersih anda adalah RM3500, harga rumah yang anda boleh beli adalah RM450k. Ya, anda perlu untuk mencari harga rumah di bawah RM450k.

Cara Kira #3 Daftar di Laman LPPSA – Tahu Lebih Tepat

Cara ini adalah yang paling tepat diantara semua. Caranya anda perlu untuk mendaftar di laman web LPPSA. Selesai buat pendaftaran, laman web LPPSA akan berikan kepada anda jumlah pinjaman yang selayaknya berdasarkan kepada gaji anda setiap bulan. 

Untuk akses laman web LPPSA tersebut, boleh terus membuat pendaftaran di SINI. Kalau anda yang baca ini nak buat pinjaman LPPSA, boleh terus daftar dan dari situ pengiraan adalah jauh lebih tepat berbanding dengan 2 pengiraan yang saya sertakan di atas ini. Boleh daftar sesegera mungkin.

Pinjaman Perumahan Bank – Penjawat Awam

Sebagai alternatif, kalau anda tidak mahu gunakan pinjaman perumahan LPPSA, tiada salah kalau anda gunakan pinjaman bank dahulu. Terutama sekali bagi yang belum sah jawatan dan dah ada rezeki untuk memiliki rumah. Ya, walaupun belum sah jawatan, anda dah jumpa rumah dengan harga yang anda mahukan dan lokasi yang paling sesuai dengan tempat kerja dan kampung. Boleh terus dapatkan pinjaman dengan menggunakan loan bank.

Caranya tidak jauh beza dengan cara no #1 tadi. Cuma anda perlu tolakkan dengan komitmen lain yang tiada dalam payslip seperti personal loan, car loan dan lain-lain.

Contoh seseorang itu bergaji RM3k dan memmpunyai pinjaman kereta berjumlah RM500 sebulan di luar payslip. Pengiraan akan jadi seperti berikut;

RM3000 x 60%(DSR) = RM1800

Anda perlu tolakkan RM1800 – RM500 pinjaman kereta.

Anda cuma boleh pinjaman tidak lebih daripada RM1300 sebulan. Begitulah cara ringkas pinajaman untuk LPPSA tersebut.

Tempoh Pinjaman LPPSA

Tempoh pinjaman bagi LPPSA telahpun dinaikkan selaras dengan belanjawan 2019 oleh YB Menteri Kewangan. Ianya dinaikkan kepada 35 tahun untuk pinjaman kali pertama dan 30 tahun untuk pinjaman kali kedua. 

Tempoh pinjaman bagi LPPSA telahpun dinaikkan selaras dengan belanjawan 2019 oleh YB Menteri Kewangan. Ianya dinaikkan kepada 35 tahun untuk pinjaman kali pertama dan 30 tahun untuk pinjaman kali kedua. 

Hebahan berkenaan dengan topik ini ada diberikan di akhir artikel.

Keburukan Pinjaman LPPSA

Tak lupa juga, saya ada senaraikan beberapa keburukan kalau anda nak buat pinjaman dengan LPPSA. Kalau tulis di sini nanti akan jadi terlalu panjang, jadinya, saya buat dalam bentuk video. Anda boleh tengok video di bawah ini.

Ada update pengalaman saya uruskan pinjaman LPPSA ada dalam artikel di keburukan LPPSA sini. Apapun harapnya dapat membantu.

Syarat Pinjaman Perumahan Kerajaan

Syarat utama bagi mereka yang nak buat pinjaman perumahan sektor kerajaan ini adalah, anda perlu untuk bekerja dalam sektor kerjaan dan yang paling penting sekali, disahkan jawatan. Kalau masih belum sahkan jawatan kena tunggu sehingga jawatan anda sah,

Saya mempunyai pengalaman menjual rumah di projek SINI, client masih belum sah jawatan dan hanya disahkan lagi 2 bulan setelah dia book projek tersebut. Jadi, terpaksa tunggu lagi 2 bulan bagi beliau untuk mendapatkan pinjaman bagi sektor kerajaan ini. 

Idea Tambah Pendapatan Penjawat Awam

Walaupun pegawai kerajaan mempunyai pencen, tetapi sangat digalakkan untuk penjawat awam mempunyai pendapatan tambahan sama ada secara online ataupun offline. Kalau anda nak tambah pendapatan, berikut adalah antara beberapa idea yang boleh kami berikan kepada anda untuk tambah pendapatan secara online sahaja dari rumah. Mana tau ianya boleh menjadi inspirasi kepada anda untuk sukses dalam bidang lain.

Apapun, ini adalah antara beberapa idea untuk anda tambah pendapatan secara konsisten dan yang lebih penting sekali, anda tahu kelayakan pinjaman perumahan LPPSA anda. Dari situ, anda boleh cari rumah-rumah yang berbaloi untuk anda beli dan dapatkan. 

Akhir kata, boleh subscriber Telegram Channel kami untuk lebih banyak info dan input menarik berkenaan dengan topik kewangan di bawah.

Jangan lupa untuk subscribe channel Telegram kami di bawah ini.

Jadual Kelayakan Pinjaman LPPSA

LPPSA Tempoh Pinjaman 35 Tahun – Pekeliling

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *