11 Info Amanah Hartanah Bumiputera 2023

Apa yang anda perlu tahu berkenaan dengan Amanah Hartanah Bumiputra. Terutama diwaktu kecemasan seperti ini, kalau ada duit tu, selain daripada membeli barangan keperluan, perlulah untuk disimpan dan dilaburkan.

Amanah Hartanah Bumiputra (AHB) adalah antara alternatif terbaik kepada Tabung Haji dan ASB kepada anda yang nak melabur.

“Anda mahu melabur tetapi takut di tipu?”

“Anda inginkan pelaburan yang selamat dan halal di sisi syarak?”

Peluang terbaik untuk anda. Artikel pada kali ini akan mengajak anda untuk kenal tentang salah satu dana pelaburan yang terbaik di Malaysia iaitu Amanah Hartanah Bumiputera. 

amanah hartanah bumiputra

Apa itu Amanah Hartanah Bumiputera?

AHB ialah dana unit amanah patuh syariah yang melabur terutamanya dalam pemunyaan benefisial harta komersil di lokasi utama di Malaysia. Ia mempunyai saiz dana tersedia berjumlah 4.0 bilion unit untuk dilanggan oleh pelabur Bumiputera pada harga RM 1.00 per unit yang tetap di semua cawangan pengedar yang sah di seluruh Malaysia. 

Dana ini disokong oleh sembilan belas (19) harta komersil utama yang telah disewakan dan menikmati aliran pendapatan sewaan secara tetap. Ia juga diwujudkan untuk memberikan peluang kepada pelabur Bumiputera menyertai pemilikan harta komersil utama melalui pegangan unit dalam AHB sebagai Pemegang Unit.

Dana ini uruskan oleh Maybank Asset Management Sdn Bhd sebagai Fund Manager dan Amanah Raya Trustee Berhad sebagai trustee. Dengan RM100 ringgit bersamaan 100 unit, anda sudah pun boleh melabur dalam ini melalui tunai manakala melalui wang KWSP bermula dengan RM 1000.

Statistik Pemilikan Hartanah Bumiputera Sangat Rendah?

Dapatan daripada Jabatan Penilain dan Perkhidmatan mendapati baahwa pada tahun 2015, pemilikan hartanah bumiputera hanya 39.5% sahaja dari jumlah keseluruhan. Sedangkan orang Melayu dan Bumiputera secara keseluruhannya adalah lebih dari 60% populasi rakyat Malaysia sesuai statusnya sebagai orang asal Tanah Melayu.

Antara isu-isu yang sering meniti di bibir masyarakat sebagai pembelaan kepada dirinya terhadap perkara ini adalah seperti tidak mampu beli rumah ikut harga pasaran, permintaan dan penawaran harga dan lokasi rumah yang tidak sepadan, tiada sistem tangani isu penawaran dan permintaan rumah, program rumah mampu milik yang tidak selaras dan pinjaman pembiayaan yang gagal di pohon. 

https://www.kakiproperty.com/app/uploads/2018/11/pemilikan-hartanah-bumiputra.png

Beza AHB dan ASB

Ramai yang tersalah anggap bahawa ASB dan Amanah Hartanah Bumiputra (AHB) merupakan satu skim dana yang sama. Secara jelas, ianya tidak sama walaupun ditubuhkan dari badan institusi yang sama iaitu Pelaburan Hartanah Berhad (PHB)

PerbezaanASBAHB
Harga TetapRM 1RM 1
Agihan PendapatanSetiap tahun (dilaburkan semua)2 kali setahun (tidak dilaburkan semula)
Fokus Kumpulan Pelaburan dalam bentuk liquiditiPelaburan dalam bentuk ekuiti
Aplikasi Mudah AlihAda (My ASNB)Tiada (menggunakan khidmat atas talian)

Cara Buku Akaun 

Langkah 1: Sebelum buka akaun AHB, anda mestilah mempunyai akaun simpanan Maybank atau AMBank.

Langkah 2: Cari ejen tempatan AHB iaitu cawangan Maybank atau AMBank yang terdekat.

Langkah 3: Anda perlu hadir ke kaunter pertanyaan untuk maklumkan pembukaan akaun.

Langkah 4: Anda akan diminta berjumpa dengan Eksekutif Kewangan untuk mendapatkan maklumat lanjut dengan AHB.

Langkah 5: Anda diberikan pilihan sama ada buka akaun dalam kategori remaja atau dewasa mengikut umur pelabur sendiri.

Langkah 6: Serahkan borang yang lengkap diisi beserta dokumen-dokumen yang diperlukan. Anda juga perlu masukkan modal permulaan pelaburan dalam bentuk tunai atau cek di kaunter bank.

Langkah 7: Selepas permohonan selesai diproses, anda akan diberikan salinan borang pendaftaran yang disahkan sebagai bukti pelaburan.

Langkah 8: Proses pembukaan akaun anda selesai.

Syarat-syarat Untuk Kelayakan Pelabur

  • Bumiputera Malaysia
  • Mempunyai akaun dewasa
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Akaun Remaja (bagi pemohon bawah umur atau kanak-kanak berumur tiga (3) bulan tetapi di bawah usia 18 tahun dibawah nama penjaga yang sah. Kedua-dua penjaga yang sah dan kanak-kanak tersebut mestilah Bumiputera Malaysia

Dana Ini Menarik Untuk Pelabur 

  • Yang mempunyai pandangan pelaburan jangka panjang
  • Yang mencari pemeliharaan modal
  • Yang mencari pendapatan tetap
  • Yang mempunyai tahap toleransi risiko yang rendah

Kelebihan Amanah Hartanah Bumiputera

Beberapa kelebihan yang disenaraikan ini, anda boleh nilaikan sendiri untuk manfaat masa depan anda berbanding pelaburan di dana-dana komersial yang lain. Untuk info, AHB ini adalah sama sahaja seperti yang kami katakan dalam artikel berkaitan dengan tips pelaburan hartanah modal rendah – Reits ini. Ianya merupakan satu bentuk pelaburan model baru di mana anda tidak perlu nak melabur dalam hartanah dan tak perlu keluar sehingga 10% deposit, buat pinjaman perumahan sehingga 35 tahun dan sebagainya. Anda masih boleh membuat pelaburan dengan modal yang minima sahaja, kami rekemen bermula dengan RM1000.

Info lanjut berkenaan dengan AHB ataupun Reits ini anda boleh dapatkan di bawah ini;

https://youtu.be/hFcEvtUz1WE

1. Pelaburan Dalam Hartanah Komersial Utama

Hanya dengan modal pelaburan serendah RM 1000 malahan RM100, anda layak untuk menikmati manfaat pemunyaan benefisial hartanah komersial yang unggul. Ramai orang yang bila diajak bual tentang pelaburan, mereka akan terlalu skeptikal dan sinis. Ini kerana pada dasar pandangan mereka, mereka menganggap pelaburan hanya sesuai ditujukan kepada segelintir golongan tertentu sahaja.

Di tambah mereka tidak mempunyai pengetahun tentang hala tuju pelaburan dan terlalu takut jika mengalami kerugian atau di tipu oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab.

Anda tidak perlu ragu lagi dengan dana ini, kerana ia diuruskan oleh golongan professional dan cukup berpengalaman dalam mengendalikan isu hal ehwal pelaburan.

2. Agihan Pendapatan Yang Stabil dan Tetap

  • Pulangan stabil

Dana ini menyasarkan pulangan melebihi kadar Simpanan Tetap Islam di Maybank Islamic Berhad selama 12 bulan. Memang sahih dan tidak di ragukan lagi kerana statistik yang telah di keluarkan juga memberi hasil dapatan yang sama dengan apa yang kerap kali bermain di bibir pelabur dari dana ini.

Amanah Hartanah Bumiputera: Perbandingan Dengan TH & ASB | Jom Urus Duit
  • Pulangan tetap 

Pembayaran balik setiap setengah tahun sebagaimana yang ditentukan oleh pengurus, jika ada. 

  • Patuh Syariah 

Dana ini telah disahkan sebagai patuh syariah oleh panel penasihat syariah yang dilantik. Kesemua agihan adalah selepas pembayaran zakat. Sebagai umat Islam, memilih pelaburan yang halal dari segi hukum-hakam syarak adalah sangat dituntut. Pelaburan yang berkah akan memberi kebaikan kepada anda di dunia dan akhirat.

Selain itu, anda juga akan memperoleh inisiatif mudah di mana dividen yang anda dapat boleh di kecualikan sebagai cukai dan boleh terus di bayar kepada zakat. Secara mudahnya, ini landasan yang tepat untuk anda mencari hasil kewangan yang halal dan berkat.

3. Mampu Milik

Tiada fi penyertaan atau pembatalan. Harga unit adalah tetap pada nilai yang paling minimum iaitu RM 1.00 tanpa caj penebusan. Apa pun latar belakang kehidupan anda, memilih dana ini pasti memberikan pengalaman yang menguntungkan buat anda.

Memang Amanah Hartanah Bumiputra ini adalah antara dana yang kenakan jumlah pengurusan rendah. Berbaloi untuk mereka yang nak bermula dan diversify portfolio pelaburan.

4. Mudah Di dapati

Pelaburan boleh dibuat secara tunai atau melalui Skim Pelaburan Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tertakluk kepada syarat dan terma KWSP. Kemudahan untuk melabur menerusi pengedar yang sah di seluruh negara.

5. Kos Pelaburan Yang Rendah

Biasanya, untuk dana unit amanah, akan ada kos tertentu seperti caj jualan, penebusan dan penukaran serta yuran pengurusan dan pemegang amanah. Untuk dana ini, tiada caj jualan, penebusan dan penukaran dikenakan ke atas pelaburan pengurusan. Pemegang amanah pula adalah pada kadar yang sangat rendah iaitu dengan yuran pengurusan adalah pada kadar maksima 1.00% setahun dari nilai dana pada kos (VOF) manakala yuran pemegang amanah pula adalah sehingga 0.08% setahun dari VOF.

Ini tertakluk pada jumlah minima sebanyak RM 18,000 setahun. Yuran ini bukan dibayar secara terus oleh pelabur, sebaliknya dikira ke atas unit yang dipegang dan dikenakan secara automatik.

AHB Penipu?

Ada yang sangsi betul ke AHB ini memang seperti yang digembar gemburkan. Pulangan 6% setahun sikit sangat la, saya nak cari yang boleh bagi 6% sebulan.

Tuan puan kena tahu yang AHB ini merupakan dana yang dijamin kerajaan. Tiada isu dari segi penipuan dan insyaAllah dana yang anda laburkan ini, masih boleh mendapat pulangan yang sebaiknya.

Mengenai dengan pulangan yang sedikit, pada saya memang begitu. Kalau setakat anda park duit dan kemudian mengharapkan pulangan yang tinggi melangit, memang tak logik. Nak mengharapkan pulangan sebegitu memang tiada masalah, cuma anda perlu untuk melabur sendiri dalam pasaran saham contohnya ataupun memulakan perniagaan sendiri. Ianya memang boleh memberikan anda pulangan sehingga 1000% pun tiada masalah asalkan dengan ilmu dan strategi yang betul.

Sebagai seorang rakyat Malaysia yang prihatin, bagaimana untuk anda menyumbang kepada tanah air sendiri? Jawapannya, dengan membuat pelaburan yang diiktiraf oleh kerajaan anda boleh meningkatkan ekonomi komuniti. Pelaburan yang di buat bukan untuk kesenangan pada hari ini tetapi demi kelangsungan hidup generasi akan datang.

Bumiputera Melabur Demi Ekonomi Komuniti

Di harapkan artikel di atas dapat memberi pendedahan kepada anda tentang Amanah Hartanah Bumiputera dan manfaat-manfaatnya yang boleh anda peroleh. 

Jangan lupa untuk subscribe channel telegram kami di atas bagi mendapatkan lebih banyak input terkini berkaitan dengan topik kewangan dan pelaburan di Malaysia.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *