9 Info Daftar ASB Online – Dengan MyASNB

Dah daftar ASB online? Kalau anda datang ke artikel ini, mesti tidak lain selain daripada anda nak daftar akaun ASB kan. Senang bila semua dah boleh dilakukan secara online ni kerana anda tak perlu lagi nak ke kaunter ASB berdekatan. Pergi daftar online dan anda dah boleh dapat semua info yang berkaitan yang anda mahukan.

Pengalaman saya dalam menguruskan pinjaman rumah memang seringkali meminta bakal pembeli rumah untuk dapatkan penyata simpanan ASB siap-siap.

Kenapa penting?

Kerana simpanan yang anda ada, sama ada tabung haji, ASB dan lain-lain membolehkan kadar “scoring” pinjaman anda lebih tinggi. Lagi tinggi “scoring” tersebut, lagi mudah untuk pinjaman anda lulus.

daftar asb online

Bagi anda yang belum ada akaun ASB, boleh ke ARTIKEL INI bagi mendapatkan langkah-langkah berkaitan dengan cara untuk daftar ASB di kaunter ataupun agen terpilih. Bagi yang sudah ada akaun, boleh terus ke perenggan bawah.

Daftar ASB Online di Portal MyASNB

Untuk info, pendaftaran ASB TIDAK BOLEH dilakukan secara onlie. Untuk mendaftar, setakat artikel ini ditulis, mestilah di kaunter agen-agen terpilih ataupun ke pejabat pos berdekatan. Anda wajib untuk ke kaunter dan tunjukkan IC dan semua info yang berkaitan untuk pendaftaran. Sekali lagi, boleh rujuk artikel di atas ini untuk pendaftaran.

Jadi artikel ini untuk apa?

Artikel pada kali ini adalah untuk anda mendaftar dengan MyASNB bukan daftar ASB ya. 

Soalan Lazam Berkenaan Dengan MyASNB

MyASNB ini untuk apa?

Portal myASNB (www.myasnb.com.my) dimiliki dan dikendalikan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) untuk membolehkan pelabur mengurus pelaburan mereka dalam unit amanah ASNB secara dalam talian (on-line). Pada masa ini, tiada sebarang caj dikenakan untuk urus niaga menerusi platform ini. Bagaimanapun, caj produk seperti caj jualan dan SST adalah terpakai, jika ada.

Apakah perkhidmatan yang disediakan menerusi Portal myASNB?

Antara kemudahan yang disediakan menerusi portal myASNB ialah seperti pelaburan tambahan, pelaburan permulaan, pemindahan dan penukaran, juga untuk kemaskini maklumat peribadi.

Apakah Dana Yang Anda Boleh Lihat di MyASNB

Ada 14 dana yang anda boleh lihat dan dapatkan penyata. Boleh dapatkan maklumat lanjut di artikel ini.

Adakah saya perlu mengemaskini nombor telefon bimbit saya dan mengapa?

Ya, anda perlu mengemaskini nombor telefon bimbit anda kerana untuk setiap transaksi yang dilakukan, kod TAC akan dihantar kepada nombor telefon bimbit yang didaftarkan sebelum anda boleh melengkapkan transaksi.

Setakat artikel ini ditulis, ada 14 dana yang anda boleh dapatkan info lebih lanjut di MyASNB. Semua dana adalah seperti berikut; (pendaftaran di link bawah)

dana asb myasnb

Tapi, kebiasannya, anda cuma nak tengok dana Amanah Saham Bumiputra je kan sebab dana itu antara yang bagi pulangan yang tinggi setiap tahun dalam bentuk dividen. Cuma dividen yang ni je agak sikit berbanding tahun-tahun lain. Boleh tengok dividen tahun ini di ARTIKEL INI.

Satu lagi, ASB juga agak popular berbanding dengan dana lain kerana ianya mempunyai ASB Financing yang merupakan satu teknik yang popular untuk anda manfaatkan. Kami juga ada menulis dengan detail berkenaan dengan ASB Financing ini di SINI.

Untuk dana SSPN pula tidak dapat diuruskan oleh MyASNB. Untuk SSPN anda perlu ke laman web yang khusus untuk uruskan berkenaan dengan ASPN. Untuk info SSPN dengan lebih lanjut, anda boleh cuba untuk dapatkan di ARTIKEL INI.

Info – Info Lain Yang Anda Perlu Tahu

Sekarang ini semua syarikat sudah ke arah tanpa kertas (baca : paperless). Anda masih boleh ke kaunter-kaunter berdekatan untuk tengok berapa jumlah dividen yang anda boleh dapat. Tapi, kan lebih mudah kalau semuanya dapat dilakukan secara dalam talian. Tidak mustahil satu hari nanti, pihak Amanah Saham Berhad di bawah Permodalan Nasional Berhad mewajibkan semua pihak yang menggunakan dana milik mereka, membuka akaun dengan secara dalam tailan untuk tujuan menyemak penyata dan tambahan kepada pelaburan yang ada.

Sebelum Pendaftaran – Step Yang Anda Perlu Lakukan

Adalah lebih baik untuk anda kemaskini alamat dan segala info berkaitan dengan info peribadi anda di agen myasnb di seluruh Malaysia. Setakat ini, antara agen yang sah adalah pejabat pos, maybank, rhb dan beberapa bank lain. Boleh ke sana dan pastikan segala maklumat peribadi adalah betul. Yang paling penting sekali adalah, pastikan no telefon anda betul untuk tujuan pengesahan dan verifikasi. Kalau anda yakin semua maklumat anda adalah betul, barulah boleh ke portal online dan mulakan pendaftaran. Ianya sangat mudah.

Pendaftaran MyASNB

Untuk pendaftaran, boleh ke laman web (www.myasnb.com.my) dan pergi ke ruangan pendaftaran di sebelah kanan.

Seterusnya, ikut je video di bawah ini kerana ianya adalah video rasmi untuk pendaftaran.

Tambah Pelaburan Dengan MyASNB

Macam mana nak tambah dana pelaburan anda. Untuk info anda boleh tambah dana pelaburan anda secara online sahaja. Yang penting anda kena login dulu dan follow semua step by step video di bawah ni. Sekarang ini semua mudah, tak perlu nak beratur di kaunter untuk mana-mana cawangan dan semua boleh dilakukan secara online.

Cara Keluarkan Duit ASB Tanpa Buku, Boleh ke?

Satu isu lain adalah, boleh ke keluarkan dana dari MyASNB ini ke akaun anda? Jawapannya tidak, anda tidak boleh keluarkan dana dari portal ini ke akaun anda. Untuk keluarkan dana ini ke akaun anda, anda HANYA BOLEH keluarkan di kaunter ataupun agen terdekat seperti bank dan pejabat pos. Ianya untuk elak daripada banyak kes-kes penipuan yang ada sekarang ini.

Isu lain adalah kalau nak keluarkan duit tanpa buku, adakah boleh. Ya memang tiada masalah kalau nak keluarkan duit tanpa buku asalkan anda ada no akaun Amanah Saham Bumiputra anda. Tetapi sekali lagi kami nak ingatkan, pengeluaran hanya boleh dilakukan di kaunter dan tidak dapat dilakukan secara online. Cuba ambil masa cuti half day untuk membuat pengeluaran.

Untuk info lanjut berkenaan dengan pendaftaran ASB, boleh tengok video di bawah ini.

Alternatif Lain Selain Dari ASB

Ada banyak pilihan lain untuk menyimpan duit anda walaupun ASB ini memang memberikan pulangan yang bagus pada setiap tahun. Ada yang mahukan simpanan dan pada masa yang sama mempunyai manfaat tolakan cukai, kalau anda cari simpanan yang mempunyai manfaat seperti ini, boleh cuba baca artikel kami YANG INI.

Kalau anda nak membuat simpanan untuk anak anda pula, kami lebih rekemen kalau anda nilaikan artikel kami di sini untuk simpanan anak. Lagila sekarang ni anak dah ada duit raya, nak simpan di mana duit tu, boleh baca artikel kami TEMPAT SIMPAN Duit anak di link atas.

Artikel lain berkaitan dengan Amanah Saham Bumiputra

Ini sahaja yang anda perlu tahu berkenaan dengan cara untuk daftar ASB online. Harap bermanfaat dan jangan lupa kongsikan artikel ini ye.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *