Betul ke Emas Public Gold Tak Laku? Pada artikel ini kali ini, kami akan memberikan penerangan dengan lebih detail berkenaan dengan Public Gold yang anda perlu tahu.
“Emas oh emas”. Bila sebut tentang emas anda pasti teringat dengan filem lakonan Kartina Aziz yang bertajuk “Mami Jarum”. Kaum wanita dan perhiasan emas bagai isi dengan kuku. Bahkan ia seakan-akan menjadi simbolik rasmi yang perlu ada pada setiap wanita sama ada untuk dipakai, disimpan atau tujuan pelaburan.
Kaum Hawa akan berasa bangga jika mereka memiliki perhiasan emas sama juga seperti Kaum Adam yang teruja jika memiliki kereta baru. Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi tentang sebuah syarikat pengeluar emas yang terbaik dan terbesar di Malaysia iaitu Public Gold.
Mengapa Orang Melayu Suka Beli Emas?
Dahulu, sesetengah orang tidak faham tentang fakta yang ada pada emas. Pada mereka ianya adalah “seketul besi” yang mahal dan hanya mampu dibeli oleh golongan “kayangan”. Namun seiringnya waktu, masyarakat telah membuka mata dan mula faham bahawa emas merupakan pelaburan yang sangat mudah untuk diakses, mudah untuk dilaburkan, mampu milik bagi setiap orang, membantu individu mengembangkan kekayaan dan bermacam-macam lagi.
Emas adalah aset anda yang mana nilai sebenarnya yang unik terletak pada harga logam itu dalam memberi perlindungan terhadap inflasi, risiko mata wang, dan krisis ekonomi dunia dalam pasaran kewangan. Contohnya, jika anda berkahwin pada tahun 2001, barang kemas 916 dibeli pada harga RM50 segram. Pada hari ini, emas 916 mencecah harga RM171 segram! Perbezaan yang sangat ketara boleh anda nampak melebihi 50%.
Pilih Gold Bar atau Barang Kemas?
Anda pasti sering keliru jika ingin membeli emas sama ada mahu memilih gold bar atau barang kemas biasa. Ada beberapa faktor yang boleh anda pertimbangkan untuk membantu anda membuat pilihan.
Pertama, apa tujuan anda membeli emas? Mungkin anda membeli emas untuk dipakai atau ada juga yang membeli emas untuk simpan atau pelaburan. Kedua-duanya memang bagus dan memberi manfaat yang besar kepada individu itu sendiri. Untuk jangka masa yang panjang, anda disyorkan untuk membeli gold bar berbanding barang kemas. Hal ini kerana, gold bar pada kebiasaannya diletakkan di dalam album atau diletakkan di tempat-tempat yang sulit, tertutup, dan rahsia. Ini boleh memberikan perlindungan yang lebih berbanding barang kemas yang dipakai dan dipamerkan kepada khayalak ramai.
Kedua, apakah jantina anda? Jika anda seorang wanita, lebih baik anda memilih barang kemas berbanding gold bar. Barang kemas lebih menarik untuk menjadi perhiasan pada anda berbanding gold bar yang besar, berat dan tidak mempunyai design yang pelbagai. Anda perlu ingat barang kemas boleh beri apa yang gold bar beri, tetapi gold bar mungkin tidak boleh beri apa yang barang kemas boleh beri kepada anda seperti kegembiraan, rasa cantik, dan berkeyakinan tinggi.
Kelebihan Emas Public Gold
1. Harga emas lebih rendah berbanding kedai emas yang yang lain
Anda pergi Kedai Emas A, anda akan dapati harganya lain. Anda pergi Kedai Emas B, anda juga akan dapati harganya berbeza. Mengapa, sedangkan harga emas semasa dunia adalah sama dan konsisten? Sebenarnya, harga emas semasa dunia cuma menjadi tanda aras dalam kedai-kedai ini meletakkan harga emas mereka. Oleh itu, setiap kedai mempunyai hak mereka sendiri untuk meletakkan harga pada setiap harga emas mereka yang mana ia tidak boleh lebih dari harga antarabangsa yang telah ditetapkan.
Adapun jika kedai meletakkan harga emas yang terlalu murah untuk segram, berkemungkinan besar akan ada kos-kos tersembunyi yang dikenakan dalam setiap pembelian seperti kos upah barang kemas, dan kos caj tersembunyi. Sangat berbeza dengan Emas Public Gold kerana mereka bukan kedai yang menjual tetapi kilang emas yang mengeluarkan emas dan perak fizikal sendiri.
2. Mengikut kualiti dan standard harga emas antarabangsa
Menariknya, Public Gold menggunakan Sistem ERP (Enterprise Resource Planning). Sistem ini membolehkan mereka memaparkan maklumat dari 20 server tentang emas terkini secara terus kepada anda. Di tambah lagi, harga emas ini tidak berubah pada setiap hari sabtu dan ahad seiring dengan urusniaga dunia yang tidak beroperasi pada waktu itu. Ini dapat mengelakkan anda dari ditipu oleh pihak syarikat atau pihak ketiga yang menyamar sebagai scammer.
3. Bebas melalukan transaksi pembeian 24 jam, 365 hari secara online
Biasanya anda perlu mengunjungi kedai-kedai emas untuk membeli emas fizikal secara terus atau bersemuka. Jarang sekali kedai emas yang menggunakan sistem pembelian secara atas talian untuk tujuan transaksi emas dari pembekal ke pembeli kerana bagi tujuan keselamatan dan ketelusan. Namun, jika anda membeli emas di syarikat ini anda boleh membuat urusan jual beli 24 jam sehari 365 hari setahun tanpa sekatan dan halangan dengan menggunakan sistem booking harga beli ata jual emas melalui website atau aplikasi di iphone dan android.
Cara ini sangat efisien untuk pembeli. Ia bukan sahaja mudah malah menguntungkan anda. Contohnya, harga emas rendah pada pukul 12 tengah malam, anda boleh lock harga beli emas melalui website public gold secara online dan membayar serta mengambil emas yang dibeli keesokan harinya di cawangan Public Gold berdekatan.
4. Boleh memgunjungi 18 cawangan yang berdekatan di seluruh Malaysia
Hampir di setiap negeri di Malaysia, anda boleh temukan cawangan Public Gold yang kesemuanya berjumlah 18 cawangan. Ia beroperasi dari seawal 8.30 pagi seingga 6 petang pada hari biasa kecuali cuti am. Bukan itu sahaja, malah cawangan ini juga sudah berkembang dengan pesat di Sabah dan Sarawak, Singapura, dan Indonesia.
Ataupun anda boleh beli secara online sahaja. Macam mana nak beli emas Public Gold secara online tu? Boleh tengok video di bawah ini;
5. Diakui ketulenan dan mempunyai sijil yang sah
Anda tidak perlu takut tentang ketulenan dan keaslian emas di sini. Buktinya, anda bebas untuk mengadai emas anda kembali di mana-mana Ar-Rahnu atau kedai pajak yang lain. Menariknya, gold bar dan syiling dinar kini diterima untuk digadai di semua 70 Ar-Rahnu Pos Malaysia, semua Ar-Rahnu Koperasi Dagang Emas (KDE) tanpa di buka sampulnya atau di uji ketulenannya.
6. Stok emas mudah didapatkan
Pernah atau tidak anda kecewa kerana tidak mendapatkan design barang kemas yang anda inginkan kerana ketiadaan stok di kedai? Wanita dalam membeli barang kemas sama seperti mereka membeli barang-barang berharga yang lain. Mereka sangat teliti dalam harga, reka bentuk, kekuatan produk, dan kecantikannya apabila dipakai.
Syarikat ini mempunyai kilangnya yang tersendiri dan fasiliti penempatan yang lengkap dan mampu mengeluarkan produk-produk emas dalam kuantiti yang banyak dan kualiti yang berkelas tinggi pada setiap bulan. Jadi anda tidak perlu risau tentang kehabisan stok design-design emas yang anda inginkan. Jadi timbul persoalan, betul ke emas Public Gold tak laku? Harap anda dapat jawab sendiri.
7. Boleh membeli emas secara ansuran
Beli emas secara ansuran, mungkin ianya tidak asing bagi anda. Tetapi bagaimana dengan membeli emas dengan ansuran selama 4 bulan tanpa faedah dan hanya dikenakan caj perkhidmatan simpanan emas serendah 0.5% sahaja? Public Gold menggunakan sistem Easy Payment Purchase (EPP) yang membolehkan pembelinya membeli emas secara ansuran dengan mudah, dan mengguntungkan.
8. Emas boleh dijual kembali dengan harga yang sangat tinggi
Emas anda tetap akan dibeli dengan harga tinggi walaupun ia calar, kemek, bengkok, rosak dan sebagainya, itulah jaminan yang dijanjikan Public Gold kepada semua pembelinya. Malah kos tambahan juga tidak akan dikenakan kepada anda untuk membaiki emas itu kembali. Ini kerana Public Gold tidak menggunakan pihak ketiga untuk proses peleburan, pembentukan dan pembungkusan semula kerana ia mempunyai kilang sendiri di Bayan Lepas.
9. Tiada sebarang yuran atau wang pendahuluan untuk menjadi seorang ahli
Bila anda serasi dengan sesuatu produk, anda pasti teringin untuk menjadi ahli untuk produk tersebut. Contohnya seperti menjadi ejen pada produk Tupperware, Shaklee, dan bermacam lagi. Public Gold juga membukan keahlian untuk pembelinya menjadi ahli tetap, ejen, atau pengedar yang sah. Caranya sangat mudah dan menguntungkan anda. Jika kebanyakkan produk-produk terkenal mengenakan yuran komitmen atau yuran pendahuluan yang agak mahal kepada mereka yang mahu menjadi ahli tetapi sebaliknya Public Gold memilih cara yang lebih friendly-style.
Setiap belian emas RM30,000 dalam satu resit anda secara automatk setelah mendaftar dapat jadi dealer Public Gold dan mendapat rebat atau komisen setiap belian emas atau perak (1% hngga 2%) dan setiap jualan balik emas (0.5%) daripada Public Gold yang akan di masukkan secara automatik ke akaun bank anda setap bulanan.
10. Datang dengan bervariasi jenis, tema, reka bentuk, dan berat.
Di sini anda tidak perlu risau dengan design yang dikeluarkan atau dijual oleh mereka. Jika di kedai-kedai emas biasa, mungkin anda sedikit terbatas untuk memilih kerana produk mereka tidak bervariasi. Produk jongkong emas di Public Gold sahaja mempunyai 8 jenis yang terdiri daripada gold bar 0.5 gram, 1 gram, 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram dan 250 gram. Produk dinar emas pula terdiri daripada ½ dinar, 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar. Produk jongkong emas Bungamas tanpa sampul terdiri daripada gold bar 10 gram, 20 gram, 50 gram dan 100 gram. Produk jongkong emas Tai Fook tanpa sampul terdiri daripada gold bar 10 gram, 20 gram, 50 gram dan 100 gram.
11. Susut nilai emas sangat rendah
Susut nilai emas atau spread harga emas adalah terendah iaitu antara 4.5% hingga 10% sahaja, selain Kijang Emas Maybank, emas fizikal yang dijual di UOB Bank, dan emas Kuwait Finance House (KFH). Spread harga emas atau susut nilai adalah perkara utama dalam pelaburan emas fizikal. Dengan nilai yang rendah ini, setiap pelabur emas fizikal atau penyimpan emas akan segera memperoleh keuntungan yang berlipat kali ganda dengan mudah.
12. Menggunakan transaksi mesra Ar-Rahnu
Emas Public Gold boleh dikatakan diterima hampir semua institusi Ar-Rahnu termasuk dua Ar-Rahnu terbesar di Malaysia iaitu Pos Ar-Rahnu, dan Ar-Rahnu Bank Rakyat. Yang lebih menarik, terdapat Ar-Rahnu yang terima gadaian emas Public Gold tanpa perlu buka sarung plastik untuk uji ketulenan seperti Pos Ar-Rahnu (anak syarikat Pos Malaysia)Ar-Rahn Permodalan Kelantan Berhad (PKB) Ar-Rahnu Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor (KPMNJ) Ar-Rahnu Koperasi Dagang Emas (KDE).
Ar-rahnu lain yang juga terima gadaian emas Public Gold (tetapi disyaratkan potong sarung plastik untuk diuji ketulenan) ialah Ar-Rahnu Bank Rakyat, Ar-Rahnu Exchange, Ar-Rahnu Koperasi Tentera, Ar-Rahnu Ekspress dan sebagainya.
13. Bebas GST
Tampaknya inisiatif yang ditawarkan syarikat ini bukan sahaja berhenti setakat memberikan harga yang murah, transaksi yang mudah secara online, nilai susut yang rendah, produk yang mesra pengguna, boleh dijual kembali denga harga yang tinggi tetapi menariknya lagi, semua produk emasnya adalah zero GST. Apa yang boleh anda pertikaikan lagi dengan semua tawaran yang diberikan Public Gold?
14. Program Kumpul Emas GAP
Gold Accumulation Programme (GAP) adalah satu-satunya yang pertama di Asia dan Malaysia. GAP membantu pelabur emas yang bermodal kecil untuk mengumpul emas sedikit demi sedikit untuk mendapatkan gold bar yang besar, rendah peratus spread, dan lebih menguntungkan. Program GAP Public Gold membolehkan pelabur emas membeli emas sedikit demi sedikit bermula RM100 atau beli 1 gram emas, dikumpul dalam akaun GAP dan boleh mengeluarkan jongkong emas, emas dinar atau barang kemas bebas GST di cawangan Public Gold berdekatan.
Sebagai alternatif, anda pun boleh tengok video di bawah ini berkenaan dengan fakta betul ke emas Public Gold tak laku.
Diharapkan artikel ini dapat memberikan anda info yang berguna tentang Emas Public Gold tak laku pada kali ini. Kata orang, “tak kenal maka tak cinta”. Anda boleh buat perbandingan sendiri dalam menentukan pilihan anda. Jangan lupa untuk ikuti kami di channel Telegram di bawah bagi mendapatkan info lanjut berkaitan dengan topik-topik kewangan.
Boleh klik link di atas bagi mendapatkan info lanjut berkenaan dengan tips dan pelaburan saham di Malaysia. Salam sukses dan semoga berjaya.
Yang pasti Emas Public Gold bukan sahaja pembekal asli dan dipercayai dalam jual beli emas malah ia juga memberikan sinar baru dalam kewangan masa depan anda.