Berapa modal yang diperlukan untuk buka Francais Family Mart di Malaysia ini? Ataupun kalau anda ada modal serendah RM1000 pun, anda sudah boleh untuk menjadi sebahagian daripada “pemilik” rangkaian Family Mart ini. Macam mana caranya, kami akan terangkan dalam artikel pada kali ini. Baca sampai habis ye.
Sekarang ini sudah banyak cawangan kedai Family Mart di Malaysia. Sudah pasti cawangan ini berada hampir di seluruh bandar besar di Malaysia dan daerah popular di Malaysia. Produk yang ditawarkan juga sangat unik dan berbeza dengan kedai serbaneka lain di Malaysia di mana anda boleh dapatkan menu menarik seperti Oden, Sushi dan banyak lagi cawangan Family Mart ini.
Sebab itu Family Mart ini mendapat sambutan di Malaysia dan saya nampak ianya memang boleh terus berkembang mungkin mengatasi pesaing lain di Malaysia. Tak salah kalau anda nak dapatkan info lanjut berkenaan dengan Francais Family Mart ataupun paling tidak, mula membeli saham Family Mart.

Family Mart Dari Jepun
Family Mart merupakan satu rangkaian kedai runcit antarabangsa yang berasal dari Jepun dan mula bertapak di beberapa negara termasuk Malaysia. Produk utamanya adalah pelbagai makanan dari Jepun termasuklah Sushi, Onigiri, Oden, produk Sandwhich dan banyak lagi produk lain yang ada.
Kalau nak rasa pergi ke kedai makanan Jepun, bolehlah pergi ke Family Mart untuk cuba pelbagai jenis makanan yang anda di sana.
Makanan Family Mart Halal Ke?
Bagi menghormati sensativiti masyarakat majmuk di Malaysia terutamanya masyarakat Muslim, Family Mart memastikan pelbagai jenis makanan yang dijual adalah bukan daripada bahan yang meragukan. Bagi produk yang diimport dari negara seperti Jepun, Taiwan dan juga Korea, ramuan produk akan diperiksa bagi memastikan tiada keraguan ataupun bahan yang tidak boleh dimakan oleh orang islam di gunakan dalam masakan ataupun produk tersebut. Bahan tersebut adalah produk tenusu, dagind dan juga babi dalam pelbagai makanan.
Pemilik Family Mart di Malaysia
FamilyMart, rangkaian kedai serbaneka ikonik dari Jepun, telah memikat hati rakyat Malaysia sejak cawangan pertamanya dibuka pada 11 November 2018 di Wisma Lim Foo Yong, Bukit Bintang. Dengan menu popular seperti Soft Serve Ice Cream yang lembut dan Oden panas yang menyelerakan, FamilyMart bukan sekadar kedai serbaneka biasa, malah menjadi destinasi makanan ringan yang berpatutan dan berkualiti. Hari ini, rangkaiannya berkembang pesat ke lebih 200 cawangan di seluruh negara, menawarkan produk eksklusif seperti onigiri, bento set, dan kopi premium yang bersaing dengan jenama antarabangsa.
QL Resources: Pemain Utama di Sebalik FamilyMart Malaysia
QL Resources Berhad (QL), syarikat tersenarai Bursa Malaysia (Ticker: 7084), memegang hak pengendalian FamilyMart di Malaysia bersama Maxincome Resources Sdn Bhd melalui perjanjian francais 20 tahun. Sebagai syarikat konglomerat yang ditubuhkan sejak 1987, QL tidak hanya terkenal dengan FamilyMart, malah menguasai tiga teras perniagaan utama:
-
Produk Marin (aktiviti menangkap ikan dan pengeluaran surimi).
-
Penternakan (syarikat telur terbesar di Malaysia).
-
Minyak Sawit (penanaman dan pemprosesan).
Diversifikasi perniagaan ini menjadikan QL sebagai syarikat yang “recession-resilient” – stabil walaupun dalam keadaan ekonomi tidak menentu.
Mengapa Saham QL Resources Boleh Jadi Pertimbangan Pelabur?
Berikut analisis fundamental saham QL Resources untuk dinilai sama ada berbaloi untuk dimiliki:
-
Pertumbuhan Konsisten
-
QL mencatatkan pertumbuhan pendapatan tahunan purata 15% sejak 5 tahun lalu (2018–2023). Pada 2023, pendapatan mencecah RM5.4 bilion, dengan keuntungan bersih RM460 juta.
-
FamilyMart menyumbang 10-15% kepada pendapatan QL, dengan potensi pertumbuhan tinggi memandangkan hanya 200+ cawangan beroperasi berbanding sasaran 500 cawangan menjelang 2030.
-
-
Dividen Yang Stabil
-
QL terkenal dengan dasar dividen konsisten, membayar dividen yield 1.5-2% setahun. Walaupun tidak setinggi syarikat teknologi, ia sesuai untuk pelabur yang mencari pendapatan pasif jangka panjang.
-
-
Kesihatan Kewangan Kukuh
-
Nisbah Hutang/EBITDA QL berada pada paras 1.3x (2023), lebih rendah berbanding purata industri (2.0x), menunjukkan pengurusan hutang yang baik.
-
ROE (Return on Equity) melebihi 12%, menandakan syarikat menggunakan modal pelabur dengan cekap.
-
-
Ekspansi Agresif FamilyMart
-
QL merancang untuk membuka 40-50 cawangan FamilyMart baharu setahun, termasuk di lokasi transit seperti stesen MRT dan kawasan perumahan. Ini dijangka meningkatkan aliran tunai dan kehadiran pasaran.
-
Risiko Pelaburan dalam QL Resources
-
Persaingan Sengit: FamilyMart bersaing langsung dengan 7-Eleven, myNEWS, dan CU Malaysia.
-
Kos Operasi Meningkat: Kenaikan harga bahan mentah (contohnya ayam dan minyak sawit) boleh menjejaskan margin keuntungan.
-
Ketergantungan pada Pasaran Tempatan: 80% pendapatan QL berasal dari Malaysia, menjadikannya terdedah kepada turun naik ekonomi domestik.
Penutup: Berbaloikah Membeli Saham QL?
QL Resources ialah syarikat “blue-chip” dengan rekod prestasi kewangan yang kukuh selama tiga dekad. Bagi pelabur yang mencari saham dengan risiko sederhana, pertumbuhan stabil, dan pendedahan kepada sektor pengguna (consumer staples), QL layak dipertimbangkan. Namun, pelabur perlu memantau perkembangan persaingan dalam industri kedai serbaneka serta keupayaan QL mengekalkan margin keuntungan.
Tips Untuk Pembaca:
-
Pantau laporan suku tahunan QL untuk melihat sumbangan FamilyMart kepada keuntungan syarikat.
-
Nilai harga saham berbanding nilai buku (P/B ratio) – pada harga semasa RM6.00-6.50 (2023), P/B ratio QL sekitar 3.5x, masih berpatutan untuk syarikat yang berkembang.
Dengan gabungan sejarah perniagaan yang kukuh dan potensi ekspansi FamilyMart, QL Resources mungkin “hidden gem” dalam portfolio pelaburan anda! Bukan nasihat kewangan ya!
Teknikal Analisis Saham QL Resource (Family Mart)
Selain daripada analisa secara fundemantal iaitu perniagaan syarikat, anda pun tak salah untuk mengkaji secara fundemantal syarikat untuk tahu masa yang sesuai untuk membuat pembelian dan jualan saham.
Teknikal analisis adalah analisa berdasarkan kepada graf dan keadaan sesuatu kaunter. Biasanya menggunakan Candlestick ataupun menggunakan anlisa charting lain yang sesuai. Ada banyak cara dan strategi dalam teknikal analisis, apapun, kami tak bercadang nak cerita detail berkenaan dengan topik ini dalam artikel ini. Adalah lebih baik tuan puan cuba mendalami teknikal analisis ini.
Anda perlu ada asas teknikal analisis seperti “support” dan “resistant” bagi membolehkan anda untuk membuat kajian mendalam. Ada banyak sumber untuk membuat kajian secara tekninal ini dan tools yang kami paling rekemen adalah Tradingview di SINI. Daftar FREE je dan anda boleh dapatkan 30 hari trial.

Selain daripada QL Resource ini, anda puin boleh membuat analisa kaunter saham lain di Malaysia ini. Dengan analisis yang betul, anda boleh lihat banyak kaunter ataupun syarikat yang berkualiti pada harga yang rendah. Untuk tahu lebih lanjut berkenaan dengan cara untuk beli saham pada harga murah dan cara untuk profit saham, saya rekemen anda dapatkan info lanjut
Sebelum anda mula nak melabur saham dan beli saham QL Resource untuk menjadi sebahagian daripada pemilik saham Family Mart, adalah lebih baik untuk anda buka akaun CDS dahulu. Kala yang belum ada, anda boleh buka akaun CDS saham ini dengan mana-mana broker di Malaysia. Info lanjut berkenaan dengan cara untuk buka akaun CDS ini ada dalam artikel di SINI.
Siapa Pemegang Saham QL Resources Ini
Berikut adalah antara beberapa pemegang saham utama pemilik syarikat FM ini.
- CBG Holdings Sdn. Bhd.
- Farsathy Holdings Sdn. Bhd
- Employees Provident Fund Board
- Public Mutual Berhad
- Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)
- The Vanguard Group, Inc.
Banyak syarikat besar yang ada di sini dan jika anda biasa dengan pasaran saham, anda pasti akan kenal beberapa syarikat ini.
Sekali lagi, kalau nak dapatkan info dan strategi melabur dalam saham, boleh tengok perkongsian di bawah ini.
Anda Dah Tahu Latar Belakang Family Mart, Boleh ke Buka Francais?
Anda boleh baca screenshot di bawah ini.
Buat masa ini, francais Family Mart belum lagi dibuka kepada umum. Dan antara cara mudah untuk anda menjadi sebahagian daripada pemilik saham Family Mart adalah dengan membeli saham QL Resources.
Mungkin anda akan sedikit kecewa, akan tetapi, ada beberapa syarikat lain yang anda boleh berdaftar sebagai francais mereka. Info lanjut boleh baca dalam artikel di SINI.Ataupun anda boleh dapatkan info lebih lanjut dari Malaysian Francais Association (MFA). Di sana ada banyak francasi yang menarik yang anda boleh dapatkan info lanjut untuk menjalankan perniagaan dengan mereka.
Sampai di sini sahaja artikel pada kali ini. Harap persoalan anda terjawab berkenaan dengan berapa modal yang diperlukan dan info berkenaan dengan Francais Family Mart di Malaysia. Sekali lagi, buat masa ini, belum ada lagi info berkenaan dengan Francais Family Mart dan cara terbaik adalah dengan membuat pembelian saham QL Resources.
Memang jika dapat buka Family Mart di lokasi yang sesuai, akan untung kan. Sayangnya belum dibuka untuk umum ye.
Family Mart antara pasaraya serbaneka yang saya suka sebab ada banyak produk makanan y menarik dan sedap. Tapi di kawasan rumah masih tiada cawangan family mart. 🙂
menarik gak pembelian saham QL tu, baru tau yang tak dibuka untuk umum francais family mart
info yang menarik… baru tahu siapa pemilk family mart ni … antara kedai serbaneka yang selalu terjah
Bagusnya perkongsian ini, Sis baru tau asalnya FM ni.. mana tau satu hari ada modal dan di beri peluang kan, boleh juga mencubanya…
boleh tak ada masalah, kalau berminat boleh cuba beli saham dulu.
Nak jadi salah seorang pemilik saham Family Mart lah hehehehe boleh kaya raya.. nak buka branch masih tak mampu lagi hehehehe..
Thanks for sharing these details about the company investment, i picked up some tips too
My family has been a big fan of Family mart. Would love to invest in this company as well either directly or indirectly. Thanks for sharing.
your articles are always so comprehensive and informative. i now know everything about family mart and im grateful for this article 🙂
sy nok buka kedai francais family mart..macam mn nok call dan tahu secara detail
family mart tak buka francais tuan….