Top 5 Program Affiliate Malaysia Terbaik 2023

Apa program affiliate Malaysia yang menarik untuk anda cuba. Secara tak langsung, anda boleh tambah pendapatan anda setiap bulan dengan program-program seperti ini. Mana tahu anda boleh menjana pendapatan yang konsisten setiap bulan dengan program affiliate seperti ini.

Tak perlu nak fokus jadi pendapatan utama, jadikan satu pendapatan sampingan sudah memadai. Dalam artikel ini, kami akan tunjukkan beberapa jalan tentang macam mana nak jana pendapatan sampingan dengan menyertai beberapa program affiliate di Malaysia yang kami sendiri pernah cuba. Boleh baca sampai habis.

Konsep Affiliate

Saya yakin, anda yang datang ke artikel program affiliate Malaysia ini mesti dah tahu konsep affiliate. Walaupun saya yakin anda dah tahu, tapi saya nak berikan info kepada anda juga berkenaan dengan konsep ini kerana ianya memang mudah dan tak susah.

Dalam pemasaran affiliate, anda akan diberikan link khusus, baca : unik. Link tersebutlah yang anda akan gunakan untuk tujuan pemasaran di Malaysia ini. Jika ada yang klik link tersebut dan seterusnya membuat pembelian, anda akan mendapat sedikit komisyen seperti yang dipersetujui ke dalam akaun anda. Ada syarikat yang memberikan sebanyak 50% daripada setiap pembelian, ada juga yang memberikan jumlah yang tetap iaitu sebanyak RM50 dan sebagainya.

Apa yang anda perlu lakukan selepas itu adalah untuk sebarkan link tersebut agar lebih ramai yang klik dan membuat pembelian daripada link tersebut. Jika anda mempunyai website sendiri seperti Facebook, Youtube dan lain-lain, anda boleh mempromosikan link tersebut berserta dengan ayat-ayat promosi yang sesuai. Ingat, lagi ramai yang klik, lagi ramai yang akan membuat pembelian, dan serterusnya menambah pendapatan anda pada bulan tersebut.

Ringkas sahaja, seterusnya, adalah antara beberapa program affiliate yang anda boleh sertai serta merta dan jana pendapatan daripada program tersebut.

Program Affiliate Klikjer

Anda nak cuba jual ebook dan setiap ebook tersebut memberikan komisyen sehingga 50% daripada jumlah jualan. Kalau ebook yang anda dapat jual berharga RM80, anda dapatlah komisyen sebanyak RM40 iaitu 50% daripada harga jualan. Berbaloi lah kalau anda nak buat promosi kan. 

Kalau di Malaysia ini, ingat ebook je, tak ada lain, klikjer adalah antara tempat yang bagus untuk anda menjual buku digital seperti ini. Genre yang ada pula adalah perlbagai, daripada kewangan seperti saham, hutang, kepada tips kereta, tips menjana pendapatan dan banyak lagi. Yang penting adalah, daftar pun percuma sahaja. Nak daftar KLIKJER ini anda boleh KLIK DI SINI.

Nak daftar memang percuma sahaja dan lepas selesai daftar anda boleh cuba buat promosi, mana tahu daripada promosi tersebut, anda yang membuat pembelian dan anda dapatlah sedikit komisyen daripada pembelian tersebut. 

Oh ya, ini adalah antara beberapa artikel kami yang secara tak langsung mempromosikan ebook daripada klikjer ini. Boleh baca artikel Shopee, Saham dan juga tips jual tudung. Memang best dan anda pun patut cuba sendiri untuk jana pendapatan secara sampingan. Siapa nak bagi extra beberapa ratus ataupun ribu setiap bulan kan.

Program Affiliate Solvy

Solvy adalah antara beberapa program yang saya sendiri dah cuba dan memang memberikan saya pendapatan yang agak kerap hampir setiap bulan. Saya suka program Solvy ini kerana nak daftar percuma sahaja.

Sekejap, anda tak perlu nak google apa itu solvy dan produk apa yang mereka jual. Secara ringkasnya solvy menjual perisian untuk tujuan pemasaran. Perisian tersebut memang saya gunakan hampir setiap hari untuk tujuan pemasaran perniagaan saya. Perisian tersebut adalah Waboost ataupun whatsapp blasting yang saya gunakan hampir setiap minggu untuk menghubungi prospek yang berminat dengan servis yang saya tawarkan.

Satu lagi perisian adalah Fboom yang saya gunakan hampir setiap hari untuk sebarkan ataupun promosikan pelbagai produk dan servis di dalam group-group facebook. Yang saya gunakan hanya 2 perisian ini dan mereka ada menjual pelbagai perisian lagi khusus untuk tujuan pemasaran. Apapun anda boleh daftar program affiliate mereka di SINI.

Yang menarik mereka ada sediakan training secara online tentang tips pemasaran yang anda sendiri boleh cuba. Ianya sangat membantu dan memberikan beberapa idea baru tentang teknik pemasaran secara online. Sangatlah berbaloi untuk anda sendiri cuba.

Dealer Tune Talk – Lebih Kurang Macam Konsep Affiliate

Program ini memang saya sudah join dan memang saya pun agak promosikan program ini secara kerap di dalam channel pemasaran di dalam blog ini dan juga media social lain seperti Youtube dan lain-lain. 

Ianya macam afiiliate akan tetapi, peluang untuk jana pendapatan itu akan melebihi sekali dan mungkin berkali-kali sehingga beberapa tahun. Macam mana konsep dealer ini? Mudah sahaja, anda hanya menjual simkad syarikat telekomunikasi iaitu Tune Talk sahaja, dan peserta yang membeli simkad tersebut pasti akan melanggan data setiap bulan bukan? 

Setiap langganan anda akan mendapat sehingga 8% dan sehingga 15% mengikut syarat yang ditetapkan. Yang menarik, anda bukan hanya dapat sekali sahaja, malahan anda boleh dapat komisyen berkali-kali setiap kali pelanggan anda melanggan data. Jika anda dapat pelanggan setia dan langgan sehingga 10 tahun, selama 10 tahun lah anda dapat pendapatan secara pasif ini.

Memang menarik konsep ini, dan jika anda berminat nak tahu lebih lanjut, boleh beli simkad Tune talk dengan kami di kedai Shopee kami di SINI.

Pastikan anda pm kami di Shopee dan nyatakan hasrat nak jadi seorang dealer syarikat telekomunikasi, ianya akan lebih mudah kalau anda pm kami di Shopee.

  • Harga simkad rasmi adalah Rm5.5
  • Anda boleh mendapat pendapatan pasif sehingga ke tier 4
  • Banyak bonus menarik menanti anda

Program Affiliate Shopee

Antara program yang menarik untuk anda sertai. Anda promosikan apa-apa produk di Shopee dan jika ada yang klik dan buat pembelian, anda akan dapat sedikit komisyen daripada produk tersebut.

Komisyen tak terhad kepada produk yang anda jual, contoh anda promosikan produk modem untuk simkad sebagai contoh, dan pembeli yang klik tak pula beli modem tersebut, pembeli beli smartphone sebagai contoh, anda masih boleh dapat komisyen dalam hal ini. Menarik kan konsep ini.

Cuma kalau nak sertai program affiliate shopee ini, tak semua boleh sertai, cara paling mudah adalah anda sendiri menjadi penjual di Shopee. Cuba setup satu kedai seperti kedai saya yang menjual simkad Tune Talk ini dan kemudian cuba apply untuk jadi affiliate di Shopee. InsyaAllah cara ini akan lebih mudah dan cepat.

Satu cara lagi adalah dengan menjadi seorang influencer dan syarat ini agak ketat sikit. Apapun, anda boleh cuba sendiri mana yang sesuai dengan anda.

Program Tik Tok Shop

Sekarang ini TikTok adalah antara social media yang meningkat naik di Malaysia dan didunia. Memang ramai yang mempromosikan produk sebagai affiliate di Malaysia ini. Ramai juga yang buat live di TikTok sambil promosikan pelbagai produk dan tak semestinya produk sendiri, ada juga produk affiliate.

Saya tak dapat nak komen terlalu banyak kerana saya belum sertai program affiliate di Tiktok buat masa ini. Akan datang anda boleh sertai dan dapatkan info lanjut berkenaan dengan program affiliate di TikTok Shop ini.

Teknik Pemasaran

Kalau anda dah join banyak program affiliate, seterusnya adalah untuk anda kuasai teknik pemasaran. Macam mana anda buat pemasaran agar lebih ramai orang yang nak beli melalui link yang anda promosikan?

Berikut adalah antara beberapa teknik pemasaran yang anda boleh cuba dalami.

Sampai sini sahaja artikel program affiliate Malaysia kami pada kali inil. Selain daripada kesemua syarikat ataupun program yang kami promosikan di atas ini, memang ada banyak program affiliate yang anda boleh sertai di Malaysia. Juga, anda boleh sertai program affiliate yang ternama di luar negara.

Cuba join beberapa syarikat affiliate dan cuba buat promosi secara konsisten, insyaAllah anda bakal nampak result kepada hasil kerja keras anda nanti.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *