Agen Hartanah Batu Pahat – Jual Beli Rumah 2024

Agen hartanah Batu Pahat, antara tugas biasanya adalah menjual rumah kepada pelanggan yang berpotensi di kawasan sekitar. Untuk kes ini, di Batu Pahat. Apa yang uniknya, perlukan sokongan daripada penilai, pegawai bank dan lain-lain.

Harapnya, ianya menjadi satu idea kepada anda dalam proses jual dan beli rumah sama ada anda ingin menjual rumah menggunakan khidmat agen seperti saya ataupun nak jual sendiri rumah anda tanpa melalui agen. Step by step macam mana nak jual rumah tanpa perlu kepada agen, boleh baca artikel ini sampai habis. Proses jual dan beli ini tidaklah mudah dan mengikut pengalaman saya, perkara yang paling sukar adalah untuk mendapatkan pembeli dan bersetuju dengan harga yang penjual mahu jual.

Boleh baca artikel ini sampai habis kerana ada banyak info yang bakal kami berikan kepada anda.

agen hartanah batu pahat

Macam Mana Nak Jual Sendiri Rumah Anda Tanpa Agen?

Ya, jika anda bercadang nak menjual rumah anda, anda boleh cuba jual rumah anda tanpa perlukan bantuan agen jualan ataupun dalam bahasa biasnya, Real Estate Negotiator (REN). Saya ada berikan ebook percuma berkenaan dengan tips dan strategi macam mana nak jual rumah ini tanpa agen. Anda boleh claim di bawah ini.

Anda isikan beberapa maklumat anda dan akhir sekali, sistem akan berikan anda link untuk anda download ebook cara nak jual rumah sendiri tanpa agen.

Macam Mana Saya Dapat Deal Dengan Owner?

Macam mana nak jual rumah kalau tiada rumah untuk di jual tersebut. Sebelum pergi lebih jauh, kami cerita bagaimana kami kenal dengan pemilik rumah di Putera Indah, Batu Pahat ini. Dipendekkan cerita, dapat no owner daripada client yang mintak tolong untuk proseskan pinjaman rumah. Disebabkan oleh isu CCRIS yang tidak cantik, pinjaman tersebut telahpun gagal dan saya telah meminta jasa baik untuk terus mendapatkan no telefon pemilik rumah tersebut.

Untuk info, rumah ini merupakan salah satu rumah kos rendah di Batu Pahat. Masa pertama kali berjumpa, owner beritahu yang dia cuba menjual rumah tersebut pada harga RM100k tetapi, harga pasaran rumah tersebut mengikut jurunilai hanyalah RM80k. Ketika berjumpa dengan tuan rumah, kami sempat semak sekali lagi harga pasaran rumah tersebut dengan beberapa penilai yang boleh berikan harga pasaran yang tinggi (di sinilah ejen hartanah berperanan dalam mendapatkan penilai yang boleh berikan harga tinggi). Setelah membuat semakan sekali lagi, rumah tersebut boleh dijual sehingga RM115k, memang jauh beza dengan penilai lainnya.

Sebagai contoh dalam kes ini, ejen hartanah di sesuatu kawasan memang kenal dengan penilai yang berikan harga tinggi. Setelah rundingan selesai dan pihak owner sedia berikan komisyen 3% daripada harga jual, kami teruskan fasa kedua iaitu mencari pembeli. Fasa ini adalah antara fasa yang paling menuntuk kesabaran.

Sudah Banyak Rumah Di Batu Pahat Yang Kami Dah Jual

Tidak terhad di kawasan Putera Indah, Batu Pahat. Hampir di kebanyakan kawasan di Batu Pahat telah kami tolong jualkan. Antara kawasan yang agak popular yang telah kami tolong jualkan adalah di;

  • Parit Raja
  • Yong Peng
  • Ayer Hitam
  • Banang Jaya
  • Rengit
  • Senggarang
  • Sri Gading

Banyak lagi sebenarnya, cukuplah beberapa tempat ini dan untuk info selain Batu Pahat, ada juga beberapa unit di daerah lain yang telah kami tolong jualkan seperti di Kluang, Simpang Renggam, Segamat dan lain-lain lagi.

Sekali lagi, nak kami tolong jualkan rumah anda, boleh dapatkan dahulu panduan di bawah ini, ada beberapa maklumat anda yang kami perlukan dan kemudian, anda boleh dapatkan panduan ini.

Macam Mana Saya Dapatkan Pembeli?

Iklan, iklan dan iklan, itulah mantra dalam mencari pembeli. Antara headline iklan yang popular adalah rumah ataupun tanah untuk di jual di Batu Pahat. Dapat sahaja rumah untuk dijual, terus iklankan di beberapa platform ini bagi mendapatkan harga dan mencari pembeli yang terbaik. Dimana nak iklan? Berikut adalah antara beberapa platform pengiklanan rumah yang paling popular di Malaysia.

Ianya adalah Mudah, Facebook, Instagram, Carousell, Edgeprop, Propertyguru dan lain-lain. Kami sendiri menggunakan kesemua medium ini bagi mendapatkan pembeli. Nak dapatkan senarai listing hartanah terkini di Batu Pahat pula boleh terus ke channel Whatsapp kami di SINI.

Dah ada pembeli yang bertanya, apa yang perlu untuk dilakukan? Agen kebiasaannya akan filter pembeli terutama dari segi kelayakan loan pembeli. Kalau owner rumah tau cara nak filter kelayakan pinjaman, tak ada masalah.

Proses viewing rumah selesai dan bakal pembeli berpuas hati dengan rumah yang bakal mereka dapat. Seterusnya adalah proses untuk mendapatkan pinjaman daripada institiusi kewangan di Malaysia. Setelah 2 minggu membuat permohonan beserta dokumen yang lengkap, akhirnya permohonan pinjaman diluluskan. Boleh semak artikel ini berkenaan dengan dokumen yang diperlukan untuk mendapatkan pinjaman perumahan.

Proses Jual Beli Rumah – Dapatkan Loan Pembeli

Setelah membuat permohonan pinjaman dengan beberapa institiusi, akhirnya, Ambank memberikan kelulusan pinjaman rumah menggunakan Skim Rumah Pertamaku. Pinjaman yang dimohon adalah RM115k dan permohonan pun lulus dengan pinjaman 100% loan, juga RM115k. Perlu diingatkan sekali lagi, rumah ini bukanlah rumah lelong, tetapi merupakan rumah subsale di Batu Pahat. Apabila pinjaman sudah lulus, segalanya menjadi lebih mudah dan seterusnya adalah bagi mendapatkan khidmat guaman.

Khidmat guaman

Ada 2 sekatan yang ketara pada rumah ini apabila di lihat daripada geran dan sekatan tersebut adalah;

1 Bumi Lot (rumah boleh dijual kepada Bumi sahaja) – tiada masalah
2 Proses jual beli perlu mendapat kebenaran dari pihak berkuasa negeri Johor

Yang menjadi masalah adalah sekatan no 2 iaitu bagi mendapatkan kebenaran pihak berkuasa johor. Kalau tidak pasti, boleh berhubung dengan kami untuk mendapatkan info lanjut terutama sekatan no 2. Jika ada sekatan no 2, boleh expect proses jual dan beli akan amik masa lebih kurang setahun. Ianya lebih popular kalau dipanggil consent dari SUK (Setiausaha Kerajaan Negeri Johor). Kalau rumah yang ada consent, memang boleh expect untuk proses pindah milik selesai dalam 1 tahun.

Dapat Kunci

Setahun telahpun berlalu dan kini semuanya selesai. Pembeli telahpun mendapat kunci dan rumah pun dalam keadaan baik (tidak ada kerosakan yang ketara).

Boleh hubungi kami untuk mendapatkan konsultasi percuma berkaitan dengan jual beli rumah khusus untuk agen hartanah Batu Pahat. Sama ada anda ingin jual rumah, beli rumah, ataupun nak periksa harga pasaran untuk refinance, boleh hubungi kami dengan mengisi info yang telah kami berikan di atas ini.

Harapnya semuanya berjalan lancar dan segalanya dipermudahkan.

Artikel terbaru berkenaan dengan proses penjualan rumah di Kulai di SINI.

Juga satu lagi artikel terbaru berkenaan dengan proses penjualan di Skudai.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *