Anda nak tahu apa itu Public Mutual?. Sekarang ini memang ramai yang sudah mula untuk mempelajari apa itu pelaburan dan salah satu jenis pelaburan yang tidak mempunyai risiko yang besar adalah pelaburan Unit Trust yang salah satunya merupakan pelaburan public mutual.
Artikel pada kali ini, kami akan memberikan info yang serba ringkas berkenaan dengan Unit Trust dan apa yang anda boleh lakukan dengan pelaburan ini. Yang paling penting sekali, selepas anda membaca artikel ini, anda mendapat info yang sepatutnya berkenaan dengan pelaburan ini. Juga ada tips tambahan untuk mengelak daripada menjadi mangsa kepada skim cepat kaya.
Apa itu Unit Amanah?
Untuk lebih mudah, tentu anda tahu apa itu Amanah Saham Bumiputra (ASB) kan? ASB adalah satu unit dana di bawah Permodalan Nasional Berhad yang berfungsi untuk melaburkan duit yang lebih anda laburkan di pasaran saham, syarikat-syarikat di luar negara dan juga pelbagai jenis pelaburan dan perniagaan lain.
Public Mutual adalah perkara yang sama, dimana anda mempunyai wang, tetapi tidak sempat atau tidak tahu macam mana nak laburkan wang anda. Ataupun mungkin anda mempunyai pelaburan yang lain dan ingin masukkan dana anda ke sini kerana untuk mengelak memasukkan semua telur dalam satu bakul.
Secara ringkasnya adalah, anda melaburkan wang anda kepada pihak ketiga yang mempunyai skill untuk menggandakan wang anda. Memang tidak dinafikan yang ada banyak dana yang ada untuk anda pilih, yang mana yang terbaik adalah berdasarkan kepada prestasi dana tersebut. Untuk memilih dana apa yang bersesuaian dengan apa yang anda inginkan, ada beberapa tips yang anda perlu ikuti. Berikut adalah antara tips yang kami gunakan untuk anda;
1 Dana mempunyai pulangan wang lebih tinggi daripada Tabung Haji dan KWSP. Kalau lebih rendah, baik anda simpan sahaja dalam Tabung Haji, ASB ataupun KWSP. Mudah dan tidak perlu untuk tandatangan pelbagai dokumen.
2 Dana Patuh Syariah adalah yang kami rekemen untuk anda dapatkan di untuk pelaburan Public Mutual anda.
Untuk tips lain berkaitan dengan dana ini, kami rekemen untuk anda lihat dengan lebih banyak tips yang ada DI SINI. Ianya adalah berkaitan dengan cara dan teknik untuk memilih dana yang memberikan pulangan yang tinggi untuk unit trust investment anda.
Apapun, untuk info lanjut berkenaan dengan Unit Trust, anda boleh tengok di video di bawah ini.
Cuba Laburkan Pada Dana Terbaik
Sentiasa cuba laburkan wang anda dalam dana yang memberikan pulangan terbaik. Macam mana nak pilih dana? Kami sertakan juga artikel bagi memudahkan anda untuk membuat pemilihan dana unit amanah terbaik. Boleh baca artikel yang kami maksudkan di bawah ini.
Apa Kata Anda Laburkan Sendiri Duit Anda – Tak Perlu Fund Manager
Unit amanah macam Public Mutual ini akan laburkan wang anda di banyak tempat dan kebanyakan akan dilaburkan dalam pasaran saham di Malaysia. Sebab itu, saya lebih rekemen kalau anda sendiri yang labur duit anda dalam saham.
Elak Scam Pelaburan
Apa-apa pelaburan yang memberikan pulangan yang tidak masuk akal seperti 30% setahun adalah menipu. Cuba elakkan pelaburan yang sebegini dan elak daripada anda ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjwab.
Public Mutual adalah dana yang mendapat pengiktirafan daripada Bank Negara Malaysia dan memang antara pilihan yang baik untuk membuat pelaburan. Tapi masih lagi bergantung kepada dana yang anda ingin laburkan. Barulah berbaloi dan terbaik. Kalau syarikat yang anda ingin laburkan tersebut tidak tersenarai dalam Bank Negara, boleh abaikan.
Apapun, sebagai alternatif, kalau anda inginkan dana ataupun pelaburan yang memberikan pulangan yang tinggi, boleh lihat beberapa alternatif terbaik yang kami boleh rekemen untuk anda di artikel bawah ini.
Jom Belajar Saham
Lebih daripada 80% dana yang dilaburkan pada unit amanah ini akan digunakan untuk membeli saham-saham di BSKL. Memang anda boleh membeli saham-saham ini sendiri dan yang penting sekali adalah anda membeli dan menjual dengan teknik yang betul. Dengan teknik yang betul, tidak mustahil untuk anda mendapat pelaburan yang lebih banyak daripada unit amanah yang anda sertai.
Sebelum anda pergi jauh dan bercita-cita tinggi untuk membuat pelaburan saham, adalah lebih baik anda buka dahulu satu akaun untuk melabur dalam saham. Baca artikel ini untuk dapatkan 1 akaun CDS hari ini.
Kalau anda berminat dengan pelaburan saham, boleh dapatkan tips percuma bekrenaan dengan signal penting dalam pelaburan saham di SINI. Ianya adalah antara langkah permulaan sebelum anda berjinak-jinak dengan dunia pelaburan saham yang serba mencabar ini. Daripada sini, anda sudah boleh mendapatkan info-info penting berkenaan dengan teknik pelaburan saham yang betul.
Wahed Invest – Pelaburan Pasif Murah
Dana dalam Public Mutual juga Dana Amanah lainnya, akan ada seorang yang dipanggil fund manager yang akan membuat keputusan pelaburan untuk dana tersebut. Tetapi kalau dalam Wahed Invest ini, keputusan dilakukan oleh Robot ataupun Robo Advisor.
Semuanya dilakukan menggunakan aplikasi Android ataupun Apple OS. Wahed membuat keputusan pelaburan berdasarkan kepada profail kewangan anda. Kalau agresif, dana yang mereka rekemen juga akan agresif. Ada 2 perkara menarik berkenaan dengan Wahed Invest ini.
- Hanya RM100 untuk bermula, murah kan. Anda daftar dulu dan lihat performance dana ini.
- Kos pengurusan yang lebih murah kerana semuanya bergantung kepada applikasi dan robot.
Nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan Wahed Invest ini, boleh rujuk artikel kami di SINI.
FCPO – Lebih Agresif
Kalau nakkan pelaburan yang lebih agresif, cuba FCPO ini Ianya merupakan satu pelaburan patuh syariah daripada Bursa Malaysia Derivatives.
Yang anda laburkan adalah Kelapa Sawit dan hati-hati, kerana ianya sangat agresif. Kalau apa yang anda mahukan adalah satu pelaburan yang boleh memberikan keuntungan yang tinggi, boleh cuba FCPO. Tak nak cakap banyak, boleh baca sendiri tentang FCPO di SINI.
Pengalaman Saya Sendiri
Agen mempunyai kepentingan mereka sendiri dimana mereka akan mendapat komisyen untuk setiap duit yang kita laburkan. Itulah sumber pendapatan mereka. Sama ada dana itu ada untung ataupun tidak, memang mereka akan dapat komisyen dahulu. Sebab itu, agen akan cuba sehabis baik untuk menjual dana mereka dan ada sebahagian yang hanya tahu menjual dan tidak memberikan manfaat kepada pelanggan.
Untuk anda, cubalah cari dana yang terbaik untuk anda laburkan dan harap, artikel ini menjadi titik permulaan untuk anda sukses dalam dunia pelaburan anda.
Public mutual adalah sebuah syarikat yang menguruskan pelaburan anda dan ianya berdaftar dengan Bank Negara?
Antara alternatif lain public mutual adalah Amanah Saham Berhad (ASB) dan juga Tabung Haji. Juga ada beberapa syarikat lain sebagai alternatif.
Anda boleh ke kaunter public mutual yang terdekat untuk membuat pengeluaran.
Dividen bergantung kepada pasaran dan kadar keuntungan dana yang anda laburkan. Boleh ke laman web mereka untuk info lanjut.
Boleh follow channel Telegram kami di atas untuk lebih banyak tips dan info menarik lain berkaitan dengan topik kewangan.