Macam mana nak dapatkan surat perjanjian pinjaman wang PDF? Pinjam meminjam ni perkara biasa terutama kalau pinjam duit secara peribadi. Akan tetapi, kalau boleh, setiap kali ada pinjaman walaupun dengan adik beradik ataupun sedara mara dan kawan baik sekalipun, buat surat pinjaman agar ada dokumen hitam putih. Ianya lebih mudah dikemudian hari.
Yang menyuruh untuk buat bukti pinjaman hitam dan putih ini bukan saya, bukan pakar kewangan, akan tetapi ianya ada dalam al Quran. Sebab itu penting untuk ada simpad rekod sebagai bukti perjanjian dalam bentuk dokumen agar mudah urusan dikemudian hari. Tak apa, pada hari ini kami nak tunjuk step by step agar memudahkan anda untuk buat pinjaman dan merangka dokumen perjanjian yang simple sahaja.
Dalam Quran Suruh Rekodkan Pinjaman
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi.
Sebahagian daripada terjemahan surah Al Baqarah Ayat 282.
Kalau anda baca ayat di atas, agak jelas saranan daripada Allah yang menyuruh seseorang itu untuk merekodkan jumlah hutang yang dipinjam teresebut. Kemudian, ada lagi isi penting iaitu kena ada saksi. Bila melibatkan jumlah yang agak besar memang perlu untuk ada saksi.
Isi Kandungan Penting Surat Perjanjian Pinjaman
Apa isi kandungan yang penting dalam merangka surat perjanjian pinjaman.
Kalau anda buat pinjaman dengan bank untuk pembelian kereta, pembelian rumah dan lain-lain pun anda akan nampak dokumen ataupun kontrak pinjaman yang diberikan oleh pihak bank. Berapa bayaran bulanan, tempoh pinjaman dan lain-lain. Kalau anda nak berikan pinjaman kepada orang lain pun, perlu ada tempoh pinjaman ini.
Dalam perjanjian secara peribadi, apa kata kalau anda sertakan semua maklumat ini juga sebagai draf perjajian pinjaman.
- Maklumat pemberi pinjam seperti nama penuh, no ic dan no telefon
- Maklumat yang meminjam, nama penuh, no ic dan no telefon
- Jumlah pinjaman
- Kaedah pembayaran, bulanan dll…
- Saksi
Untuk berikan pinjaman kepada rakan dan kenalan, ini sudah cukup sebagai satu draf ataupun rangka surat perjanjian.
Kalau tak ada akses pada printer sebab yelah, tak semua orang ada printer untuk print dokumen. Tulis je atas kertas A4 kosong. Tulis je dalam 2 kertas, satu untuk pemberi pinjam, satu lagi untuk yang meminjam. Tanda tangan, dapat duit dan selesailah masalah. Yang penting dokumen ini kenalah direkodkan di tempat yang selamat seperti fail peribadi dan lain-lain.
Kalau ada smartphone tu, boleh rekod ambil gambar dan simpan dalam google drive untuk tujuan dokumentasi.
Perlu Ke Nak Upah Peguam?
Bergantung kepada keadaan, dan jika jumlah yang nak dipinjam itu tak terlalu besar, tak perlu pun nak upah peguam. Kalau upah peguam pastinya akan ada kos-kos lain yang perlu peminjam tanggung. Ianya akan jadi lagi susah dikemudian hari.
Jumlah Pinjaman Terlalu Besar – Boleh Tolak Jadi Peminjam
Kalau yang nak meminjam dengan jumlah yang agak besar, tak ada masalah untuk anda tolak untuk jadi peminjam. Terutama sekali kalau yang meminjam itu pernah ada rekod “blacklist” dengan pihak bank dan pernah tertunggak banyak kali kalau nak buat pinjaman bank.
Bank tak akan bagi pinjam kalau seseorang itu pernah tertunggak 3 kali bayaran bulanan dia. Rekod ini boleh nampak dalam CCRIS peminjam. Bank pun tak akan bagi pinjaman kalau peminjam ada rekod dengan AKPK ataupun ada masalah dengan CTOS.
Kalau ada peminjam yang datang kepada tuan puan yang ada dalam kategori ini, ada tunggakan banyak dengan bank, berada dalam program AKPK, ada CTOS, adakah kalau tuan bagi pinjam duit, pembeli seperti ini dapat membayar pinjaman tersebut? Anda masih boleh menolak sebelum terlambat.
Ada Duit Tambahan – Belajar Simpan Dan Laburkan
Sama ada anda adalah seorang peminjam ataupun yang nak berikan pinjaman, walaupun jumlah pinjaman yang anda nak berikan itu taklah besar dalam sekitar RM1000 dan ke bawah pun, perlu ada ilmu pengetahuan berkenaan dengan asas kewangan.
Kalau untuk simpanan itu, perlu untuk wujudkan simpanan sehingga 6 bulan dana kecemasan. Dah ada simpanan seperti ini barulah boleh mula menceburi bidang pelaburan dan perniagaan. Tips ataupun cara nak simpan duit ataupun nak jimat duit, anda boleh baca dengan lebih detail dalam artikel di SINI.
Dah ada simpanan, barulah boleh cuba untuk bermula melabur duit anda dalam perniagaan juga dalam pelaburan. Kalau boleh cari perniagaan yang boleh berikan anda pendapatan pasif agak memudahkan anda dikemudian hari nanti. Boleh tengok idea business telekomunikasi ini di SINI.
Untuk pelaburan, boleh cuba melabur dalam pelaburan yang rendah risiko seperti ASB dan Tabung Haji terlebih dahulu. Wahed Invest pun tak ada masalah kalau anda nak cuba, dan kemudian barulah boleh explore pelaburan yang mempunyai risiko yang agak besar sikit seperti pelaburan saham dan cryptocurrency dan lain-lain.
Apapun, surat perjanjian pinjaman wang ini memang sangat penting kalau anda nak berikan pinjaman duit kepada sahabat dan kenalan. Akan tetapi, anda masih boleh menolak kalau orang yang anda nak pinjamkan duit tersebut mempunyai masalah nak buat pembayaran ataupun ada rekod seperti blacklist dan lain-lain. Melainkan kalau anda tak kisah, wang yang anda pinjamkan itu anda tak akan dapat semula. Ya, ini memang boleh terjadi. Nasihat saya, kalau anda nak berikan duit untuk pinjam pun, perlu untuk lihat kekuatan kewangan peminjam.
Sampai sini sahaja artikel berkaitan dengan surat perjanjian pinjaman wang ini. Mungkin akan ada yang pelik dan tanya, kenapa nak kena ada surat perjanjian seperti ini? Tujuannya adalah anda boleh kata yang Allah suruh, tunjuk surah Al Baqarah ayat 282 seperti di atas ini. InsyaAllah lepas itu mereka tak akan tanya lagi.