9 Info Bantuan Kewangan Segera Covid-19

Apakah bantuan kewangan segera covid-19 pada kali ini. Artikel ini khusus memberikan beberapa tips dan panduan serta ringkasan berkenaan dengan pelbagai pakej bantuan segera yang bakal diberikan pihak kerajaan bagi menangani penularan Covid-19 dan kesannya secara langsung atau tidak langsung kepada ekonomi Malaysia.

Harapnya, dengan beberapa penulisan idea dari artikel ini dapat memberikan bantukan dan idea kepada anda untuk terus berjalan mengharungi kemelut yang melanda ekonomi dunia dan negara kini. Memang negara dalam situasi genting akibat daripada gejala ini dan memang memberikan kesan kepada ekonomi rakyat di Malaysia. Mari kita tengok apakah jenis bantuan yang bakal diberikan kepada rakyat.

bantuan kewangan segera

Covid19, Apa Perlu Anda Lakukan?

Sebelum pergi lebih jauh, adalah lebih baik untuk anda patuhi semua perintah berkurung yang telah disarankan oleh pihak kerajaan Malaysia. Jika kes semakin berkurang, aktiviti ekonomi akan berjalan seperti biasa dan dengan itu, diharapkan semuanya akan kembali seperti sediakala.

Apa yang penting selepas ini adalah, agar ekonomi negara dapat menjadi bertambah baik dan peluang-peluang pekerjaan dapat berjalan seperti sediakala. Ada juga kemungkinan yang perintah berkurung ini akan berpanjangan sehingga ke bulan Ramadhan. Apabila ini berlaku, apa yang penting adalah untuk cuba survive ataupun menyimpan sebanyak mungkin dan elakkan daripada berbelanja perkara yang tidak perlu. Kalau perlu tidak perlu untuk membeli rumah ataupun membuat pinjaman yang besar buat masa ini. Kalau perlu menyewa biarlah menyewa sampai keadaan mengizinkan.

Bantuan Kewangan Yang Diberikan 

Kerajaan telahpun menawarkan banyak pakej bantuan bagi memberikan bantuan kepada mereka yang terkesan dengan COVID 19 ini. 

Antara penangguhan yang diberikan adalah;

Pengeluaran KWSP akaun 2 sebanyak Rm500 sebulan sehingga 6 bulan. Pakej ini memang secara tidak langsung membantu beban kewangan rakyat walaupun mendapat tentangan hebat daripada pakar-pakar ekonomi.

Bantuan khas oleh lembaga zakat bagi mereka yang terkesan dengan penularan covid-19 ini. Antara lembaga zakat yang sudah mengumumkan akan memberikan bantuan adalah Selangor dan Wilayah Persekutuan. Setakat artikel ini ditulis, lembaga zakat negeri lain masih belum memulakan langkah bagi membantu mereka yang terkesan.

Bayaran PTPTN ditangguhkan sehingga 6 bulan. Ianya memang sedikit sebanyak membantu mereka yang terkesan dengan penularan ini terutama sekali peminjam dari PTPTN.

Bantuan kewangan segera Covid19 RM600 sebulan bagi mereka yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji.

Saya percaya akan ada lebih banyak lagi bantuan dari masa ke semasa untuk mereka yang memang terkesan dari aspek kesihatan dan ekonomi akibat daripada penularan COVID-19 ini. Sama-sama kita mendoakan agar perkara ini segera berlalu dan dan ada hikmah disebalik perkara ini.

Penangguhan Pinjaman Sehingga 6 Bulan

Berita baik adalah pihak bank negara Malaysia telah meluluskan untuk menangguhkan bayaran pinjaman bank secara automatik selama 6 bulan bermula April 2020 sehingga September 2020. Inisiatif ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban kewangan rakyat dalam menghadapi krisis ekonomi pada kali ini. 

Memang ramai yang tak menjangka akan berlaku krisis ekonomi seperti ini dan salah satu cara untuk atasi perkara ini adalah dengan penangguhan pinjaman sehingga 6 bulan agar rakyat lebih bersedia dalam menghadapi keadaan ekonomi yang mencabar pada masa akan datang. 

Ianya akan sedikit sebanyak membantu rakyat untuk mula membuat simpanan kecemasan di kala banyak perkara yang tidak dapat dielakkan. (sumber : Berita Harian)

Cara Tambah Pendapatan Selepas Covid 19

Selain daripada bantuan kewangan segera pasca Covid 19 ini, apa yang penting adalah untuk anda tambah pendapatan ataupun mendapatkan sumber pendapatan kedua.

Apa yang penting adalah untuk anda cari alternatif lain untuk tambah pendapatan anda setiap bulan. Apa yang terjadi pada kali ini adalah sangat penting untuk anda mempunyai sumber pendapatan kedua sebagai salah satu sumber pendapatan alternatif yang penting masa kini. Berikut adalah antara beberapa idea penting yang boleh kami berikan kepada anda untuk tambah pendapatan anda.

Berdagang Forex dan FCPO

Ketika harga saham sedang jatuh, inilah masanya untuk membuat pembelian. Tapi pastikan yang anda tahu apa yang anda buat kerana jika tidak, ianya bakal mendatangkan kemudaratan kepada anda sendiri. Apapun, dengan ilmu yang cukup barulah saya rekemen untuk anda mendalami ilmu perdagangan saham di SINI.

Sebagai alternatif, saya sangat rekemen kalau anda cuba untuk ambil tahu berkenaan dengan teknik berdagang pasaran hadapan kelapa sawit. Untuk bermula, apa yang lebih penting adalah anda tahu asas kepada teknikal analisis dan juga buka satu akaun FCPO dengan broker-beroker yang disahkan oleh Bank Negara Malaysia. Berikut adalah antara senarai broker yang telah disahkan di Malaysia ini.

Seperti juga FCPO, anda boleh dapatkan info lanjut berkenaan dengan Forex. Mesti anda pernah dengar apa itu forex kan, ianya adalah pertukaran mata wang yang boleh memberikan kepada anda pendapatan tambahan semasa dalam pasca Covid19 ini. Info lanjut berkenaan dengan Forex ini boleh didapati di SINI.

Menjadi Seorang Youtuber

Apa yang anda perlu lakukan adalah untuk membuat video yang menarik dan upload di youtube secara konsisten. Boleh cuba untuk upload video secara konsisten setiap hari ataupun seminggu 2 kali bagi mendapat lebih banyak subscriber. Dengan youtube juga, anda boleh mendapatkan pendapatan tambahan dan membolehkan anda untuk membina jenama anda sendiri. Boleh baca artikel ini bagi mendapatkan info lanjut berkenaan dengan langkah-langkah menjadi seorang youtuber.

Menjadi Seorang Blogger

Walau dalam keadaan apa pun, menjadi seorang blogger mempunyai keunikan yang tersendiri. Anda boleh promote produk dan menjual secara affiliate ataupun boleh cuba untuk mendapatkan banyak pengunjung dengan memberikan artikel menarik yang menjadi bahan bacaan ramai. Dari situ, pendapatan anda bakal meningkat dengan jayanya. Nak tahu cara nak buat duit dengan blog boleh baca artikel ini bagi anda mendapatkan info lanjut.

Berniaga di Shopee

Ketika panik buying, ramai yang ke supermatket, tetapi di sanalah tempat penyebaran wabak. Adalah lebih selamat untuk membeli barangan secara online dengan menggunakan platform shopee ini. Itu peluang yang anda ada, apa kata kalau anda jadi seorang penjual di shopee. Tak susah pun sebenarnya nak menjual di Shopee ini, yang penting baca dulu perkongsian saya di artikel ini.

Ekonomi Tidak Akan Sama Lagi

COVID 19 ini menjadikan banyak perkara tidak dapat dijalankan seperti biasa. Social distncing masih lagi satu perkara yang penting dan ini menyebabkan banyak masalah yang akan timbul daripada perkara ini. 

Ekonomi tidak dapat berjalan seperti biasa akibat kedai-kedai yang ditutup. Oleh itu, adalah lebih penting untuk dapatkan info tentang cara menambah pendapatan bagi suri rumah

Juga ada banyak syarikat yang mula untuk menawarkan khidmat bekerja dari rumah sepanjang tempoh berkurung. Jika masih tiada lagi penawar daripada virus ini. Kemungkinan akan semakin kerap jadual untuk bekerja dari rumah.

Apapun, manfaatkan segala ruang dan peluang yang ada. Segala bentuk bantuan yang anda boleh dapat dan diharapkan anda tidak ambil kesempatan dan hak orang lain. Gunakan masa ini untuk membina simpanan terutama sekali simpanan kecemasan. Dan pada masa yang sama, cuba untuk bina kembali pendapatan sampingan daripada perniagaan sebagai pendapatan kedua dan mana tahu ianya boleh menjadi sumber pendapatan yang utama. Harapnya artikel bantuan kewangan segera covid 19 ini membantu anda untuk menghadapi hari-hari mendatang.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *