Artikel pada kali ini adalah berkaitan dengan cryptocurrency staking dan saya fokus pada platform Luno. Kepada anda yang baru nak bermula dan berjinak-jinak dengan pelaburan crypto, boleh tengok beberapa artikel saya yang lain di bawah ini.
Sebenarnya staking ni dah lama ada dalam crypto jika anda menggunakan platform seperti Binance, Kucoin dan lain-lain. Akan tetapi untuk pengetahuan anda, crypto staking juga anda boleh lakukan di Luno. Ya, anda boleh lakukan proses crypto staking ini di Luno dan di Malaysia ini, hanya Luno sahajalah platform yang sah di sini undang-undang.
Sebelum pergi lebih jauh, saya akan bahagikan artikel ini kepada apa itu crypto staking, halal dan haram serta apa yang anda perlu lakukan kalau anda nak buat crypto staking ini.
Crypto Staking di Luno
Sebelum pergi lebih jauh, untuk pengetahuan anda, ada 3 jenis coin sahaja yang anda boleh lakukan crypto staking di Luno. Ianya adalah antara beberapa coin popular yang mungkin pihak Luno nampak kurang risiko untuk perkara yang tak sepatutnya terjadi.
- Etherium (ETH)
- Solana (SOL)
- Cardano (ADA)
Setakat artikel ini di tulis, cuma 3 coin ini sahaja yang anda boleh stake di Luno. Kalau anda nak stake coin lain selain daripada 3 coin ini, anda perlu menggunakan platform lain seperti Binance dan Kucoin. Apapun risiko itu adalah bergantung kepada anda sendiri.
Oh ya, kalau anda nak daftar Luno, boleh daftar melalui link di bawah. Anda boleh dapat percuma BTC berjumlah RM25 selepas selesai mendaftar dan melakukan deposit.
Apa Itu Crypto Staking
Crypto staking adalah proses di mana pemegang mata wang kripto meletakkan aset digital mereka dalam dompet khas untuk membantu mengesahkan transaksi pada rangkaian blockchain. Sebagai ganjaran, mereka akan menerima mata wang kripto tambahan. Proses ini mirip dengan cara bank memberikan faedah kepada penyimpan yang membiarkan wang mereka dalam akaun simpanan.
Untuk memulakan staking, anda perlu memiliki mata wang kripto yang menggunakan mekanisme Proof of Stake (PoS) seperti Ethereum, Cardano, atau Polkadot. Setakat artikel ini ditulis, Polkadot masih belum boleh untuk proses staking dalam platform Luno. Anda juga memerlukan dompet yang menyokong staking dan, dalam kebanyakan kes, menyimpan mata wang kripto dalam dompet itu untuk jangka masa tertentu. Selama tempoh ini, mata wang kripto tersebut akan “dikunci” dan tidak boleh digunakan untuk transaksi lain.
Faedah crypto staking termasuk:
- Pendapatan Pasif – Anda boleh mendapatkan ganjaran dalam bentuk mata wang kripto tambahan tanpa perlu menjual aset sedia ada.
- Menyokong Rangkaian – Dengan staking, anda membantu mengesahkan transaksi dan menjaga keselamatan rangkaian blockchain.
- Lebih Mesra Alam – Berbanding dengan mekanisme Proof of Work (PoW) yang digunakan oleh Bitcoin, staking menggunakan tenaga yang lebih sedikit.
Namun, terdapat risiko yang perlu dipertimbangkan. Harga mata wang kripto sangat tidak stabil, dan anda mungkin menghadapi kerugian jika nilai aset menurun. Selain itu, proses unstaking boleh memakan masa, bermakna aset anda mungkin terikat dan tidak boleh diakses untuk tempoh tertentu.
Secara ringkas, crypto staking adalah cara yang berpotensi menguntungkan untuk mendapatkan pendapatan pasif dalam dunia mata wang kripto, tetapi memerlukan pemahaman dan pengurusan risiko yang baik.
Macam Mana Nak Buat Analisa Crypto Berpotensi
Crypto staking memang boleh berikan satu pendapatan pasif tahunan. Akan tetapi, kalau boleh, saya rekemen untuk anda yang, kalau nak beli coin ini, beli pada harga rendah dan jual pada harga tinggi.
Nak beli pada harga rendah dan jual pada harga tinggi ini perlukan satu analisa teknikal yang komprehensif dan saya lihat platform Luno tidak memberikan analisa yang padu untuk buat analisa crypto.
Untuk buat analisa teknikal, saya paling cadangkan untuk anda analisa crypto anda menggunakan tradingview. Antara charting platform yang bagus untuk anda gunakan dan anda tidak hanya boleh analisa crypto, anda juga boleh analisa aset kelas lain seperti saham, fcpo dan juga forex.
Oh ya, anda boleh claim free trial tradingview dengan klik butang tradingvide di atas ini. Dah alang-alang tu kan, dapatkan je free trial untuk tradingview, memang berbaloi-baloi.
Dah Staking di Luno – Bila Boleh Unstake?
Ambil contoh kalau anda nak staking ETH di Luno. Jika anda mengekalkan ETH di Luno untuk staking, anda boleh unstake atau memindahkan ETH tersebut keluar dari dompet staking pada bila-bila masa. Namun, penting untuk diketahui bahawa proses unstaking mungkin memakan masa beberapa hari tergantung keadaan rangkaian dan permintaan. Luno tidak menetapkan tempoh masa khusus tetapi akan memberi maklumat terkini dalam aplikasi.
Manalah tahu tetiba anda berubah fikiran dan bercadang nak menjual crypto anda. Anda boleh lakukan pada bila-bila masa.
Seterusnya saya nak pergi pada topik yang jauh lebih penting daripada ini, apakah status halal dan haram untuk stake crypto ini?
Status Halal dan Haram Stake Crypto
Secara ringkas hukum staking crypto, tapi sebelum itu, saya buat satu “overview” berkenaan dengan hukum trade crypto.
Di Malaysia, trading cryptocurrency seperti Bitcoin dan Ethereum adalah diizinkan, tetapi tidak diiktiraf sebagai mata wang legal. Cryptocurrency dianggap sebagai aset digital yang boleh diperdagangkan seperti aset lain.
Menurut Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, cryptocurrency yang diperdagangkan di atas platform yang berdaftar adalah sah dari sudut pandangan syariah. Namun, cryptocurrency tidak boleh dianggap sebagai mata wang.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Majlis Agama Islam Perlis menyatakan bahwa Bitcoin bukanlah mata wang dari sudut syariah, tetapi boleh dianggap sebagai aset digital yang boleh dilaburkan. Mereka juga menekankan bahawa Bitcoin tidak memenuhi syarat untuk klasifikasi mata wang dan tidak boleh digunakan sebagai mata wang.
Secara umumnya, untuk staking crypto adalah dibolehkan berdasarakan kepada hukum trade cryptocurrency dengan syarat, crypto tersebut tidak ada kaitan dengan entiti perniagaan yang bercanggah dengan islam seperti riba, judi dan sebagainya.
Setakat artikel ini ditulis, tiada lagi hukum yang speasifik yang menyatakan tidak boleh stake crypto ini. Jika anda, saya akan update artikel ini dari masa ke semasa.
Apapun kepada anda yang mula nak berjinak-jinak dengan cryptocurrency, semoga dipermudahkan urusan anda dan luno adalah antara platform yang bagus untuk anda bermula.