Strategi pemasaran perniagaan yang betul akan melambangkan ataupun membolehkan kejayaan sesuatu perniagaan pada masa hadapan. Jika tiada strategi dalam pemasaran, ianya akan menyebabkan sesuatu perniagaan itu semakin lama semakin tiada daya saing dan boleh dikalahkan pesaing lain.
Pada kali ini, kami akan tunjukkan beberapa strategi yang anda boleh gunakan sebagai tips untuk pemasaran perniagaan anda. Tak kira sama ada perniagaan anda kecil sahaja seperti menjual makanan di lokaliti tempat anda ataupun perniagaan besar yang mampu masuk dalam Bursa Saham. Semuanya perlukan strategi dan team marketing yang betul untuk terus sukses dalam bidang yang diterajui.

Gunakan Media Social – Wajib Ada
Untuk tujuan pemasaran, memang wajib ada social media. Tak dapat nak cover semua social media, dapat beberapa social media pun dah sangat ok. Contohnya adalah seperti Facebook, Tiktok, Instagram dan lain-lain.
Walaubagaimanapun, kewujudan website adalah sangat penting untuk jangka masa panjang. Lagilah kalau anda boleh konsisten menulis artikel dalam blog tersebut untuk mendapatkan prospek yang berterusan nanti.
Jadi apa yang kami rekemen untuk anda lakukan adalah untuk mewujudkan beberapa social media platform seperti Facebook, Instagram, Tiktok dan lain-lain dan pada masa yang sama, jangan lupa untuk anda buat laman web sendiri. Nak buat laman web sendiri, boleh baca artikel kami di SINI.
Iklan Untuk Promosi
Anda buat laman web ataupun social media, macam mana anda nak pengguna pergi ke laman social anda?
Kalau anda gunakan laman web, mungkin boleh optimasikan carian di Google (search engine optimization) akan tetapi, kalau tak biasa dengan teknik nak optimasikan carian di google, boleh juga buat iklan untuk promosi.
Iklan yang popular adalah iklan di Facebook ataupun facebook ads. Kalau nak cepat dan pantas, boleh cuba buat iklan agak lebih banyak pengunjung yang datang ke tempat anda. Apabila ramai yang datang, lagi banyak kemungkinan barangan yang anda boleh jual.
Dah Ada Database Ke Belum?
Database boleh jadi, pelanggan yang pernah PM ada di whatsapp, ataupun pelanggan yang pernah membeli dengan anda. Kesemua ini adalah database pelanggan yang bagus untuk anda cuba menjual dengan mereka. Ataupun mungkin boleh “upsell” produk ataupun barangan lain.
Kalau tak ada database lagi macam mana?
Kalau masih belum ada, boleh cuba dapatkan database anda sendiri. Macam mana nak dapat? Salah satu cara adalah dengan menggunakan software waboost ini. Waboost adalah whatsapp booster yang tujuan asal adalah bagi membolehkan anda menghantar whatsapp kepada banyak nombor.
Juga, ada beberapa fungsi lain yang saya sendiri gunakan bagi mendapatkan database. Antaranya adalah fungsi “search group” dan “get member”. Anda boleh mendapatkan database dalam bentuk no whatsapp dengan sangat mudah dan beberapa klik sahaja. Fungsi ini adalah antara sebab kenapa saya menggunakan platform ini. Boleh tengok info lanjut berkenaan dengan waboost di SINI.
Apa Keunikan Perniagaan Anda? Promosi dan promosi
Apa keunikan perniagaan anda? Walaupun perniagaan anda adalah perniagaan berasaskan makanan, penting juga untuk anda mempunyai keunikan berbanding dengan pesaing anda. Keunikan dalam perniagaan ataupun “unique selling proposition” membolehkan perniagaan anda terus berkembang maju dengan jayanya.
Saya ada kenal seorang usahawan Sate yang fokusnya adalah hotel-hotel seluruh Kuala Lumpur sahaja. Bermacam lagi idea lain yang anda boleh gunakan untuk mewujudkan keunikan tersendiri berbanding pesaing lain.
Kemudian, apa yang anda perlu lakukan adalah teruskan promosi dan promosi. Promosi pula boleh lakukan promosi secara percuma, promosi berbayar dan juga promosi yang berbayar tapi menggunakan kos yang agak minima. Pada artikel kali ini juga, kami akan tunjukkan beberapa strategi untuk promosi dengan kos yang minima.
Facebook Marketing – Jimatkan Kos Anda
Selain daripada waboost ataupun Whatsapp Booster yang membolehkan anda untuk blast whatsapp dan bina database sendiri. Tools kedua yang sama penting untuk saya rekemen kepada anda adalah tools dari Fboom.
Saya dahulu memang pening kepala, kalau nak buat Facebook marketing. Mesti makan kos yang tinggi, tapi result belum nampak lagi.
Sejak itu saya mula explore beberapa tools lain yang membolehkan anda untuk autopost content anda di Facebook Group. Biar sahaja tools tersebut post artikel anda di sana dengan kos yang minima. So far memang berbaloi dan alhamdulillah dah balik modal.
Berapa kos tools ini? Hanya Rm250 sahaja. Ada banyak fungsi lain dan yang paling kerap saya gunakan adalah fungsi auto post ke group. Nak jimat dan tak nak terbeban dengan kos facebook ads yang terlalu mahal, boleh gunakan strategi ini. Anda boleh dapatkan Fboom dalam link di bawah ini. Tapi sebelum tu boleh baca dulu review kami berkenaan dengan produk ini di SINI.
Perniagaan dalam berntuk servis seperti agen hartanah, takaful, unit trust, mungkin agen cuckoo ataupun coway boleh memanfaatkan strategi ini.
Search Engine Marketing – Laman Web Anda Mesra Google
Apabila laman web anda dah mesra google anda akan dapati banyak pengunjung yang akan mula datang membaca artikel anda nanti. Teknik ini dipanggil search engine optimization ataupun SEO.
Pengunjung datang sendiri ke blog anda. Blog smartinvest101 ini juga menggunakan strategi daripada SEO dan alhamdulilah, pengunjung mula berkunjung ke blog ini secara konsisten. Anda pun boleh lakukan perkara yang sama untuk perniagaan anda.
Local Business – Jangan Lupa Google My Business
Jika perniagaan anda adalah perniagaan berasaskan kepada tempat ataupun daerah tertentu, jangan lupa untuk senaraikan perniagaan anda dalam “Google My Business”. Apa tu?
Ini membolehkan perniagaan anda tersenarai dalam peta google dan membolehkan ataupun memudahkan pengguna untuk mencari servis ataupun perniagaan anda. Ianya adalah strategi menang-menang. Pengunjung dapat servis yang mereka mahukan dan anda juga dapat menjual servis anda kepada mereka.
Servis seperti “klinik gigi, bengkel kereta, cermin kereta” dan lain-lain anda boleh senaraikan perniagaan anda dalam Google My Business nanti.
Perniagaan seperti perniagaan francais, perniagaan online pun perlukan google my business.
Lain Perniagaan Lain Strategi
Ya, lain perniagaan lain stretegi. Cuma teknik ataupun strategi pemasaran adalah sangat penting untuk kelangsungan perniagaan. Anda kena cuba sendiri strategi yang sesuai untuk perniagaan anda yang mana paling bersesuaian dengan apa yang perniagaan anda perlukan.
Jangan lupa untuk mula invest dalam teknologi dan tools untuk memudahkan urusan anda di kemudian hari. Antara tools yang saya sangat rekemen dan boleh dikatakan wajib adalah untuk anda menggunakan kedua-dua tools ini.
Saya sendiri memang menggunakan kedua dua peralatan ini dan boleh dikatakan antara tools yang sangat berbaloi untuk anda gunakan. Harga pun tak terlalu mahal dan anda boleh gunakan banyak kali, cuma sekali bayar dan lesen yang diberikan adalah lesen sepanjang hayat (lifetime – ketika artike ini di tulis masih lagi lesen sepanjang hayat).
Sampai sini sahaja tips dan strategi pemasaran perniagaan dan produk untuk anda cuba. Seterusnya anda perlu mencuba sendiri teknik ataupun strategi mana yang paling sesuai untuk anda.