8 Tips Bayaran Balik PTPTN Online – 2024

Macam mana nak buat bayaran balik PTPTN online ni? Artikel pada kali ini adalah menjurus kepada kaedah dan tips untuk membuat bayaran balik dan yang lebih penting daripada itu adalah, terus langsaikan hutang PTPTN anda. Ramai yang berjaya langsaikan hutang PTPTN milik mereka dan anda juga pasti boleh melakukan perkara yang sama.

Apabila anda selesai membayar hutang PTPTN, ianya memberikan manfaat kepada kerajaan dan satu lagi peminjam yang baru. Peminjam baru masih lagi boleh meminjam dengan PTPTN, apa jadi jika peminjam lama tidak dapat membayar hutang PTPTN? Pastinya tiada lagi pinjaman untuk mereka yang baru ingin memasuki ke alam IPT. Apapun berikut adalah antara beberapa tips untuk anda membuat pembayaran hutang dengan cepat dan pantas.

bayaran balik ptptn online

Strukturkan Semula PTPTN Anda

Perkara pertama yang anda perlu lihat untuk bayaran semula PTPTN anda dalah pakej strukturkan semula pinjaman PTPTN anda.

Dari masa ke semasa, memang akan ada promosi untuk bayar semula PTPTN, ya anda boleh bayar semula dengan diskaun. Macam mana tu? Boleh tengok video di bawah ini.

Jika anda mempunyai pinjaman pendidikan PTPTN, terdapat beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk menguruskan bayaran balik. Pertama, anda boleh mengunjungi kaunter PTPTN atau menghubungi pejabat khidmat pelanggan mereka. Tanyakan tentang penstrukturan semula bayaran balik pinjaman anda.

Salah satu skim yang disyorkan oleh staf PTPTN ialah penukaran kepada skim ujrah. Skim ini mengenakan caj yuran pentadbiran serendah 1% setahun berbanding skim bayaran balik konvensional yang mungkin memerlukan 3-5%.

Ingatlah bahawa penjadualan semula hanya dibenarkan pada bulan berikutnya setelah kelulusan diberikan untuk setiap pinjaman/ pengajian. Juga, had umur maksimum bagi penentuan tempoh penjadualan/ penstrukturan semula bayaran balik pinjaman adalah sehingga 60 tahun.

Formula Pertama : Jimat Perbalanjaan

Kalau nak bayar balik hutang ini, salah satu cara yang kami rekemen adalah untuk anda jimat belanja. Kawal perbelanjaan dan elakkan daripada kebocoran. Salah satu cara untuk kawal perbelanjaan adalah dengan beli barangan yang perlu sahaja ataupun berbelanja barangan yang sama pada harga yang jauh lebih murah daripada harga asal.

Salah satunya adalah anda membeli barangan secara online sahaja dan tunggu barangan itu sampai ke rumah. Contohnya adalah barangan di bawah ini, kalau anda beli di kedai harganya RM900, tetapi kalau beli secara online sahaja harganya RM700. Tengok barangan yang saya maksudkan di bawah ini. 

Baru-baru ini juga kami ada beli laptop baru, ada sales sempena raya cina, dapar harga diskaun dan barangan tersebut tak sampai pun RM1k. Boleh tengok barang yang kami maksudkan di bawah.

Antara cara lain untuk berjimat adalah untuk berhenti melanggan siaran satelit seperti Astro dan terus gunakan dekoder MYTV. Sekali bayar sahaja tetapi terus dapat banyak siaran.  Boleh tengok dekoder yang saya maksudkan di SINI.

Ada banyak lagi tips dan cara jimat duit di artikel KAMI YANG INI. Lebih banyak anda jimat, lebih banyak duit yang anda dapat simpan dan sekaligus membolehkan lebih cepat anda selesaikan hutang PTPTN. Dengan tekad dan usaha yang betul, tak mustahil untuk anda langsaikan hutang ini dalam masa setahun.

Manfaatkan KWSP Anda

Jika anda mempunyai pinjaman pendidikan PTPTN, terdapat cara untuk menguruskan bayaran balik dengan lebih baik. Salah satunya adalah menggunakan dana KWSP dalam akaun 2 untuk membayar hutang PTPTN. Lagilah sekarang ada akaun 3, boleh kata hampir tiada alasan untuk anda tak guna KWSP untuk bayar semula pinjaman PTPTN anda.

Walaupun ia tidak boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya, penggunaan dana ini hanya dibenarkan untuk bayaran tertentu sahaja. Dengan cara ini, anda mungkin akan merasa lebih lega dan kurang berasa ralat.

Formula 2 : Tambah Pendapatan

Ada banyak cara untuk tambah pendapatan. Kenapa nak tambah pendapatan, agar bila ada lebihan wang, boleh gunakan untuk langsaikan hutang dengan lebih cepat daripada biasa. Berikut adalah 4 idea untuk anda tambah pendapatan secara konsisten setiap bulan.

Jadi Ejen Hartanah

Cuba jual rumah sebulan 1 biji rumah pun sudah cukup untuk anda bayar hutang PTPTN dengan cepat. Kenapa? Dengan 1 biji rumah tu, komisyen yang anda bakal dapat dalam sekitar RM5000 ke RM6000 dan jika konsisten, memang tak akan amik masa yang lama untuk selesaikan hutang. Kami ada cerita panjang lebar berkenaan dengan tips untuk jadi ejen hartanah ini DI SINI.

Buat Duit Dengan Blog

Anda boleh jadi seorang blogger dan menjana pendapatan sehingga RM1000 sebulan secara pasif. Kalau jadi ejen hartanah, memang anda banyak nak kena keluar jumpa bakal pelangan, tetapi kalau blog, cuma perlu untuk konsisten tulis artikel sahaja dan jana pendapatan. Kami ada tulis beberapa tips untuk jana pendapatan secara konsisten di ARTIKEL INI dan cara tulis dan setup blog SENDIRI DI SINI.

Jadi Youtuber

Youtuber pun merupakan salah satu kerjaya yang lumayan sekarang ini. Apa yang penting adalah untuk anda mempunyai alatan asas yang betul seperti video editing, laptop dan alatan lain. Lepas tu upload video secara konsisten setiap hari ataupun minggu. Saya pun terkejut ada youtuber Malaysia boleh dapat sehingga USD3.5k sebulan ataupun bersamaan dengan RM10k sebulan. Nak tahu lebih lanjut, baca artikel INI.

Pelaburan Saham

Semua tahu saham tu apa kan…. Beli saham semasa harga rendah, jual balik semasa harga tinggi. Betul…. Tepat sekali. Itulah saham. Ianya nampak mudah tapi ada cabaran yang tersendiri dan seseorang itu perlukan minda yang betul untuk sukses. Kalau anda nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan cara untuk mendapatkan pendapatan tambahan dengan saham, boleh baca artikel kami yang INI untuk info lanjut.

Bayaran Balik 

Amalkan 2 formula ini, kurangkan perbelanjaan dan tambah pendapatan. insyaAllah anda akan dapat selesaikan hutang pinjaman ini dengan pantas dan cepat. Lagilah kalau anda dapat lakukan secara konsisten kan. Cara nak buat bayaran balik ini tak susah pun, lagilah sekarang ini anda dapat lakukan kesemuanya secara online ataupun boleh dilakukan di kaunter terdekat. 

Potongan Gaji

  • Potongan gaji hendaklah melalui Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) atau majikan
  • Bayaran balik melalui kaedah ini perlu dirujuk kepada PTPTN terlebih dahulu
  • Borang Kebenaran Potongan Gaji Bayaran Balik boleh didapati di Portal Rasmi PTPTN
  • Peminjam perlu menghantar borang permohonan beserta nama dan alamat majikan kepada PTPTN

Kaunter

  • Cawangan PTPTN di seluruh negara
  • Bank Islam
  • Bank Rakyat
  • Pos Malaysia
  • CIMB Bank
  • Bank Simpanan Nasional

Perbankan Internet

  • Maybank
  • Bank Islam
  • Public Bank
  • RHB Bank
  • Ambank
  • Bank Rakyat
  • Pos Online
  • Agrobank
  • Affin Bank
  • CIMB
  • Bank Simpanan Nasional

(sumber : PTPTN)

Banyak kan cara nak buat bayaran secara online ni, ianya mudah dan memakan masa yang lama pun. Boleh gunakan kesemua cara ini untuk melakukan pembayaran.

Diskaun Bayaran Balik PTPTN Online

Nak dapat diskaun, anda boleh dapat 20% diskaun dengan membuat bayaran penuh. Banyak tu 20%! Tetapi perlu untuk dapatkan pengesahan PTPTN secara terkini kerana ditakuti, waktu anda nak menyelesaikan hutang dan buat bayaran penuh, sudah tiada lagi diskaun seperti ini.

Bayar Lebih Setiap Bulan – Penyelesaian Hutang Awal

Kalau tak mampu nak selesaikan sekaligus, tak ada masalah kerana anda masih boleh membuat pembayaran lebih setiap bulan. Ianya sama sebagaimana saya berjaya menyelesaikan hutang kad kredit pada satu masa dahulu dengan membayar lebih dari minimum. Katakan sepatutnya anda membayar hutang PTPTN sebanyak RM150 setiap bulan, cuba bayar lebih sebanyak RM300 setiap bulan. Ianya memang dapat membantu anda untuk menyelesaikan hutang dengan lebih awal.

Semakan Baki Penyata

Anda boleh membuat semakan baki hutang anda dengan 2 cara iaitu.

  • Baki pinjaman pendidikan boleh disemak melalui menu e-Perkhidmatan > Bayaran Balik > Penyata Pinjaman Online di Portal Rasmi PTPTN.
  • Dapatkan laporan CCRIS dan anda boleh lihat baki hutang di sana. Nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan apa itu CCRIS report boleh baca di SINI.

Selesaikan Hutang Awal – Mudah Urusan Di Kemudian hari

Saya sebagai seorang perunding hartanah sering berjumpa dengan pelanggan yang mempunyai masalah dengan hutang PTPTn. Apabila ada tunggakan, memang kena selesaikan tunggakan dahulu sebelum ke proses seterusnya terutama dalam aspek pinjaman untuk perumahan. Apapun, cuba sedaya upaya untuk selesaikan hutang secara konsisten dan cepat agar memudahkan bakal peminjam yang baru. Boleh baca juga beberapa artikel lain yang berkaitan di bawah ini.

Harapnya, artikel bayaran balik PTPTN secara online ini membantu anda untuk merancang kewangan anda dengan lebih berhemah.

Related Posts

23 thoughts on “8 Tips Bayaran Balik PTPTN Online – 2024

    1. terima kasih datang, tahniah dah habis bayar hutang ptptn. Semoga hidup diberkati.

  1. Thanks for the sharing. Semoga urusan kita dipermudahkan.

    Betul kena jimat dlm berbelanja utk senang kita bayar itu dan ini. Anyway tq juga share tips

    1. sama2, harap artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang mempunyai masalah dengan ptptn.

    1. tahniah, betul memang kena belanja apa yang perlu je. Lagi cepat langsaikan hutang ptptn.

    1. ok tu kalau bayar pakai kwspm yang penting hutang ptptn langsai.

  2. Moga semua urusan pembayaran PTPTN bagi yang terlibat dipermudahkan ye. Thanks sharing info begini – mudah bagi adik2 nak memikirkan cara penyelesaian memasing

  3. ya allah, nasib tak amik ptptn time diploma degree. dulu jeles betul kat member yg ada ptptn ni sebab diorang boleh happy2 , tapi kita kena diam2 , bersedih sbb tak dpt beli brg. lol.

    tpai masters ni la, disebabkan amik ptptn, tips ni amat berguna untuk saya. thank you sharing

    http://www.adlinatasyaa.blogspot.com

    1. sama-sama, harap artikel ini bagi manfaat.

  4. Alhamdulillah, tak ada hutang pun. Hutang keta je,itu pun pening kena bayor..:D. Nanti nak tanya anak cam mana dia bayar ptptn dia. Harap2 dia bayar dengan tepat le..risau pulak kalau dia x bayor

    1. waaa bagusnya tinggal hutang kereta je, ok la tu. Kalau hutang kereta habis bayar dah lega tu.

    1. terima kasih, harap membantu sesiapa yang nak bayar balik hutang ptptn ni.

    1. ada banyak lagi tips,ini adalah antara yang kami boleh rekemen utk langsaikan hutang cepat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *