2 Produk Atomy Untuk Jeragat

Pada kali ini, kami nak berikan kepada anda informasi berkenaan dengan produk Atomy untuk masalah jeragat. Ada beberapa produk yang anda perlu tahu untuk mengatasi masalah jeragat ini. Apapun, boleh baca artikel ini sampai habis bagi jika anda ingin mendapatkan info lanjut berkenaan dengan tips dan cara untuk hilangkan masalah jeragat pada kulit anda.

Setiap wanita mempunyai cara yang tersendiri untuk mendefinisi dan melambangkan kecantikan, keunikan dan perbezaaan pada wajahnya. Artikel pada kali ini, kami akan memberikan info yang berguna kepada anda khususnya kaum Hawa untuk mengatasi masalah jeragat di kulit wajah. Bagaimana caranya? Anda akan tahu di penghujung artikel ini nanti.

produk atomy untuk jeragat

Wanita vs Kecantikan

Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan bagai isi dengan kuku. Mana-mana wanita pun pasti akan memiliki produk kecantikkan walaupun dengan sebotol pencuci muka dan lipstick. Zaman sekarang, bukan hanya wanita sahaja yang suka make-up, malah kaum lelaki pun sudah pandai untuk tampak bergaya dan hebat dengan make-up. 

Jadi tidak pelik jika ada lambakan lelaki yang menjadi jurusolek professional di luar sana. Dengan kekal nampak cantik di mata sendiri dan orang lain, anda pasti akan lebih berkeyakinan untuk bergaul dan bersosial di luar sana. 

Industri kosmetik di Korea 

Anda pernah baca Majalah Marie Claire? Sebuah majalah antarabangsa yang memulakan edaran di Perancis kemudian diikuti UK, US dan 24 lagi bahasa. Ada satu kenyataan yang mereka tulis, mereka kata yang teknologi dermatologi di Korea ini 12 tahun lebih advance dari teknogi di US. 

Justeru itu tidak asing lagi, jika ramai yang berebut-rebut mahu memakai produk kecantikkan keluaran Korea seperti Innisfree, Laneige, Klairs, Skinfood, Cosrx, Pure Beauty dan banyak lagi. Malah kedai-kedai kosmetik yang menjual produk kecantikkan Korea di Malaysia juga seperti cendawan tumbuh selepas hujan contohnya seperti The Face Shop, Holika Holika, Skin Food, Tony Moly, Nature Republic, dan Etude House. 

Dua set produk Atomy dari Korea ini sangat terkenal di kalangan masyarakat Malaysia yang dihantui dengan masalah jeragat yang teruk sejak di usia dini. Apakah produk-produknya? Produk itu adalah Absolute Spot-Out Cream dan Essential. 

Atomy Absolute Spot-Out Cream (50 ml, RM 149 dengan 19,500 PV)

Teksture krim ini adalah lembap dan mempunyai banyak nutrisi untuk menstabilkan kulit yang berminyak. Selain itu, ia juga memberikan kulit wajah tampak sentiasa kekal lembap luar dan dalam. 

Sebagai info, produk Atomy ini hanya boleh dibeli oleh ahli sahaja dan pastinya tidak boleh menjual. Jika anda nak membeli produk di Atomy Shopping mall, perlu mendaftar dulu dan pendaftaran percuma. Untuk mendaftar, boleh KLIK link di bawah ini.

1. Mencerahkan dengan pengaktifan sel pencerah

Kombinasi teknologi yang tinggi dan bahan-bahan alami seperti ekstrak buah naga, dan lupine protein memberikan adunan yang sebati dalam pencorak utama produk ini. 

2. Menyekat pembentukan enzim melanin

Alpha-Bisabolol (C15H26O) adalah bahan semula jadi yang diekstrak dari pokok candeia yang terdapat pada kulit kayunya. Pokok ini anda boleh temukan di selatan Brazil. Bagaimana ia bertindak? Melanin membentuk pembentukan hormone apabila kulit wajah anda terdedah pada sinaran UV. Oleh itu alpha-bisabolol ini akan merencatkan pengeluaran tirosinase yang membantu proses kejadian melanin.

3. Menyekat proses aktiviti enzim melanin

Dalam produk ini juga terdapat ekstrak licorice atau pun juga dikenali sebagai glabridin, sebuah bahan yang boleh dijumpai pada akar pokok tertentu. Manfaat glabridin adalah bersifat semula jadi yang mana ia tiada kesan sampingan, menghalang aktiviti tirosinase, dan menghilangkan pigmentasi seperti tompok-tompok hitam dan jeragat.

4. Mengelakkan pemindahan melanin pada lapisan kulit

Bahan niacinamide iaitu vitamin B3 pada produk ini berupaya menghalang melanin dari membuat proses pigmentasi di bahagian lapisan kulit dalam. Dengan cara mengawal menyebaran melanin pada melanosome, agen pembawa melanin kepada kulit. 

5. Mengaktifkan sistem neurotransmitter kulit

Neuribiox yang berasaskan dari tumbuh-tumbuhan membantu memulihkan tona kulit dan radiasi pada kulit dengan memperbaharui proses pembaharuan kulit. Apabila kajian di buat, kajian mendapati neurobiox 20% lebih tinggi dapat memulihkan kulit daripada produk yang mengguna pakai glycolic asid (AHA). 

6. Mencerahkan kulit wajah dengan IBR-TCLC

Apa itu IBR-TLCL? IBR-TLCL adalah bahan semulajadi kartioid seperti phytoene dan pytofluenel yang bertindak untuk menyerap sinaran UV. 

Atomy Absolute Spot-Out Essential (40 ml, RM 155 dengan 23,400 PV)

Produk ini mempunyai tekstur seperti cecair berwarna putih dengan kemudahan dropper di atas penutup botol. Jadi anda tidak perlu khuatir jika tertumpah atau berlaku pembaziran semasa menuangkan botol itu ke tapak tangan. Dari kulit kusam, stress, penuaan, anda akan dapati perbezaan yang sangat ketara dengan penjagaan kulit wajah yang sistematik dari produk ini. 

Bahan-bahan yang digunakan hampir sama seperti absolute cream seperti alpha-bisabolol dari poko candeia, dan glabridin. Namun apa yang membezakannya ialah produk ini menggunakan asid ethyl ascorbic untuk membantu menipiskan pembentukan pigmentasi melanin pada kulit. 

1. Mengawal kulit mati dan membantu pertumbuhan kulit baru

Asid Beta hydoxy (BHA) dalam produk ini diekstrak semulajadi dari daun wintergreen. Jika anda pernah menggunakan produk doTERRA, pasti nama ini sudah tidak asing lagi bagi anda. Wintergreen atau nama saintifiknya gaultheria fragrantissima adalah sejenis tumbuhan tropika yang hidup di zon tropika seperti di China, India, dan Selatan Asia. 

Kebaikan bahan ini adalah menjadi fungsi utama dalam kitaran pembentukan kulit untuk menghasikan kulit yang lebih bersinar dan cantik. Di samping itu, ia juga mampu meningkatkan tekstur tona kulit agar lebih sekata. 

Selain daripada itu, anda juga boleh amalkan Vitamin C Atomy yang memang memberikan kesan yang baik kepada kulit anda. Vitamin C juga adalah antara produk Atomy untuk jeragat yang bagus untuk anda gunakan.

2. Menghilangkan bintik-bintik hitam disebabkan penuaan

Dua lagi bahan penting dalam produk ini adalah illumuscin dan carnoscin. Dua bahan ini masing-masing memainkan peranan yang tersendiri untuk memberikan sentuhan akhir pada kulit wajah agar tetap mulus sepanjang masa. Illumiscin merubah kulit dari kasar dan kusam kepada terang dan bersinar-sinar. Manakala carnoscin pula bertindak sebagai agen perawat dan penstabil kepada kulit wajah anda. 

Jadi secara konklusinya, untuk mendapatkan kesan yang terbaik, anda boleh menggunakan kedua-dua produk ini secara harian. Cara penggunaannya senang sahaja, hanya letakkan sedikit cecair atau krim itu di tangan lalu ratakan di seluruh muka tanpa menggunakan tisu atau kapas. Anda perlu menggunakan absolute essence terlebih dahulu dan kemudian baru absolute cream. 

Daftar Atomy Percuma Sekarang

Di harapkan artikel produk Atomy untuk jeragat ini dapat membantu anda mengatasi masalah jeragat pada kulit wajah lantas meningkatkan keyakinan diri untuk bergaul dengan ramai orang. 

Anda boleh dapatkan produk ini dengan mendaftar sebagai ahli Atomy secara percuma sahaja. Klik pada butang di atas untuk mendapatkan akses kepada produk ini secara percuma sahaja. Perlu diingat yang hanya ahli yang berdaftar sahaja yang boleh membeli belah di Atomy.

Bila anda masuk dalam atomy.com nanti, jangan rambang mata pula ya. Kami pasti produk-produk yang dijual di situ boleh menjadikan anda seorang kaki shopping. 

Info lain berkaitan dengan Atomy, anda boleh dapatkan pada artikel di bawah;

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *