ASB Loan Tipu – Berbaloi Lagi Ke 2023?

ASB Loan tipu ataupun salah satu teknik pelaburan yang berkesan. Artikel ini khusus untuk bincangkan berkenaan dengan info dan topik tersebut. Adakah ASB loan betul – betul berkesan dan boleh digunakan sebagai salah satu senjata dalam pelaburan anda.

Memang ada banyak pendapat berkenaan dengan ASB loan dan pihak bank pun adalah antara yang mempopularkan teknik ini. Biasanya, mereka akan ada target yang ingin mereka capai dan team marketing yang memang fokus untuk jana sales daripada ASB loan ini.

Apapun, info dalam artikel ini adalah pandangan peribadi saya sendiri. Ianya bukanlah nasihat kewangan dan jika anda nak telibat dalam pelaburan ASB loan ini, pastikan anda buat kajian anda sendiri dahulu. Dapatkan nasihat kewangan daripada perunding kewangan bertauliah.

asb loan tipu

Beza ASB Loan Dan Simpanan ASB

Sebelum pergi lebih jauh, ada beza antara ASB Loan dan simpanan dalam ASB. Artikel pada kali ini adalah lebih khusus berkenaan dengan topik ASB Loan ataupun ASB Financing. Ataupun anda boleh mendapatkan info lanjut berkenaan dengan ASB Financing dalam artikel di SINI.

Untuk simpanan ASB pula, ada beberapa artikel yang anda boleh rujuk sebagai panduan tentang macam mana nak memanfaatkan simpanan ASB anda. Boleh tengok beberapa artikel di bawah ini;

Anda boleh rujuk beberapa artikel di atas berkaitan dengan ASB.

Pengalaman Buat ASB Loan

Ada yang nak buat ASB loan sebab untuk cantikkan CCRIS rekod. Ianya berlaku apabila seseorang itu langsung tak ada apa-apa rekod pinjaman dengan bank. Untuk ada rekod dengan bank, salah satu cara adalah dengan buat pinjaman ASB ini.

Dengan itu, anda sudah ada rekod tersendiri dan membolehkan anda untuk memohon pinjaman daripada bank. Penting untuk anda rekod dengan pihak bank terutamanya kalau anda nak buat pinjaman perumahan ataupun nak refinance rumah anda.

Ada juga yang buat ASB financing ini semata-mata untuk mendapatkan pulangan dengan teknik yang pada saya sangat complicated. Apapun, teknik tersebut mungkin sudah tidak releven lagi pada masa kini. Kenapa? Boleh baca artikel ini sampai habis untuk anda tahu dengan lebih lanjut maklumat berkaitan dengan ASB ini.

Keburukan ASB Loan

Ada beberapa keburukan berkaitan dengan ASB loan ini yang membuatkan pinjaman ini hampir tidak mendatangkan apa-apa manfaat ataupun sebaliknya, menguntungkan pihak bank dahulu.

Dividen ASB Rendah

Dividen ASB boleh dikatakan agak rendah, iaitu sekitar 4% sehingga ke 5% sahaja setahun. Ianya mungkin disebabkan oleh keadaan pasaran saham yang tak menentu dan banyak syarikat besar mengalami kerugian akibat dari pandemik Covid-19.

Keadaan saham Malaysia yang semakin menurun dan juga keuntungan syarikat yang semakin menguncup menyebabkan dividen ASB menjadi semakin rendah. 

Kalau dividen ASB rendah? Macam mana dengan ASB loan?

Kalau dividen rendah dan pada masa yang sama, apabila anda membuat pinjaman ASB dengan pihak bank, pihak bank pasti akan mengenakan sedikit caj keuntungan (bacak : interest) kepada peminjam. Jika dividen tak tinggi mana, tentulah jumlah ataupun caj keuntungan yang bakal peminjam dapat akan menjadi semakin sedikit. Ataupun mungkin anda sebagai peminjam tak ada apa-apa keuntungan pun dan pihak bank sahaja yang untung,

Kalau begitu berbaloikah ASB loan ini?

Interest Dari Bank

Bank bagi pinjam duit, tentulah bank nakkan keuntungan daripada pihak peminjam. Macam mana bank nak dapatkan keuntungan adalah melalui interest kepada peminjam. 

Untuk kes ASB loan, bagaimana kalau kadar interest yang dikenakan ini lebih tinggi daripada kadar dividen ASB yang semakin rendah setiap tahun. Akan ada ke keuntungan daripada pinjaman tersebut?

Dalam keadaan interest yang sentiasa berubah-ubah pula macam mana? Adakah anda sebagai peminjam masih lagi dapat memperolehi pulangan daripada pelaburan anda?

Semestinya, anda harus menjawab kesemua persoalan ini jika memang benar anda nak mula melabur dalam ASB loan ini. Jika tidak, abaikan sahaja.

ASB Sebagai Satu Komitmen Hutang

Jika anda ambil ASB loan sebanyak Rm200k, bayaran bulanan anda adalah sebanyak RM1000 sebulan lebih kurang. 

Pihak bank akan masukkan Rm1000 tersebut sebagai satu komitmen yang anda perlu bayar setiap bulan. Jika anda nak buat pinjaman kereta ataupun pinjaman rumah, komitmen dari ASB ini memang akan mengganggu jumlah maksimum pinjaman yang anda boleh pinjam.

Dalam menguruskan pinjaman untuk pelanggan yang nak buat pinjaman rumah ataupun nak refinance rumah, ASB loan ini selalunya akan mengganggu dan akan dianggap sebagai satu beban kewangan yang anda perlu tanggung. Memang dalam banyak keadaan, ianya mengganggu anda dan kalau boleh, jika anda nak buat pinjaman yang besar seperti pinjaman perumahan, elakkan daripada buat ASB loan ini.

Boleh tengok video di bawah untuk info lanjut.

Denda Terminate Loan ASB 

Antara bank yang popular yang banyak berikan pinjaman ASB antaranya adalah RHB, CIMB, Maybank Ambank dan lain-lain.

Semasa anda nak sign loan tersebut, kena pastikan yang adakah ada denda untuk terminate awal pinjaman anda. Kebanyakan bank memang akan ada dan itu anda kena pastikan semula dan juga tempoh berkaitan agar mudah dikemudian hari nanti.

Kebaikan ASB

ASB untuk gandakan wang anda? Anda perlu kaji dengan teliti kerana saya lebih nampak ianya merugikan. Saya mungkin salah dan jika anda ada pilihan untuk membuat pelaburan, saya lebih rekemen untuk anda cuba melabur dalam pasaran saham ataupun crypto yang boleh berikan keuntungan yang lebih daripada ASB. 

Saham ataupun mana-mana pelaburan lain memerlukan banyak info dan method untuk anda mempelajarinya. 

Satu-satunya kebaikan yang saya nampak adalah, khusus untuk mereka yang langsung tak ada apa-apa rekod dalam CCRIS report, boleh consider ASB loan ini untuk bagi nampak rekod dalam CCRIS anda. Bank agak suka ASB loan yang minima berbanding dengan loan lain seperti personal loan dan kredi kad yang tak terkawal. Tapi, kalau anda gunakan ASB loan ini secara maksimum, ianya menjadi sudah tak berbaloi lagi.

Berbaloi Ke Tak ASB Loan?

Pandangan peribadi saya tak berbaloi kerana ada banyak perkara yang tak dapat dikawal seperti dividen ASB yang semakin kecil, interest daripada pinjaman juga anda kena fikirkan disamping denda-denda berkaitan kalau buat penyelesaian awal. Ianya agak leceh kerena melibatkan banyak prosedur.

Kalau betul anda nak gandakan wang anda, ada banyak lagi cara untuk gandakan wang anda melalui pelaburan ataupun kerja part time seperti menjadi penjual di Shopee dan lain-lain. 

Antara kebaikan seperti yang saya beritahu dalam artikel di atas, cuma untuk ada rekod dalam CCRIS sahaja.

Apapun, ini hanya pandangan saya sahaja, mungkin anda ada sebab dan pendapat lain tak ada masalah. Jadi betul ke ASB loan tipu? Terpulang kepada anda dan anda harus mencari jawapanyya sendiri.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *